Tuesday 12 May 2020

10 KELEBIHAN JENAMA PUBLIC GOLD

1. Harga emas Public Gold lebih murah berbanding harga kedai emas dan lebih murah berbanding harga kebanyakkan pengeluar emas lain. Public Gold boleh jual harga lebih murah sekitar RM15 – RM20 per gram atau sekitar 15% berbanding kedai emas sebab Public Gold adalah kilang emas, seolah-olah kita beli terus dari kilang. Bila harga lebih murah, kita boleh dapat lebih banyak emas dengan bajet yang sama. 

Cuba bandingkan harga emas Public Gold dengan harga emas di pasaran. Secara umumnya, saya boleh katakan emas Public Gold antara yang termurah di pasaran. Sejak perlaksanaan GST pada April 2015, Public Gold satu-satunya emas jenama tempatan (selain Kijang Emas BNM) yang bebas GST. Ini disebabkan emas Public Gold versi terbaru mendapat pengiktirafan daripada London Bullion Market Association (LBMA).

2. Spread (atau selalu diistilahkan sebagai “susut nilai”) adalah kriteria paling penting kalau nak dapat untung maksimum dalam pelaburan emas.  Spread emas Public Gold cuma 5% – 9% sahaja, bergantung kepada jenis item yang kita pilih. Kadar spread tu antara yang terendah di pasaran, selain Kijang Emas Maybank, emas fizikal yang dijual di UOB Bank, dan emas Kuwait Finance House (KFH). Pembeli emas Public Gold paling aktif jual beli emas di Malaysia disebabkan spread yang rendah atau nipis. Bila harga emas naik sikit jer pembeli dah boleh jual untuk dapat untung. Tak perlu tunggu lama-lama. Bila harga emas turun sikit, dah boleh start beli balik.

Susut nilai gold bar 250 gram cuma 6%. Kalau barga emas naik 10%, dah untung at least 4%. Spread berbeza mengikut item. Lebih besar saiz emas, lebih rendah kadar spread. Maksudnya, item lebih besar lebih cepat untung bila berlaku kenaikan harga emas. Kalau jadi dealer Public Gold, lagilah jimat. Dengan rebat yang Public Gold bayar, kita boleh rendahkan susut nilai sebenar sebanyak 1.3% (Normal Dealer), 1.8% (Priority Dealer) dan 2.3% (Master Dealer).

Contohnya, kalau Master Dealer beli gold bar 250 gram (susut nilai 6%), susut nilai sebenar cuma 3.7% (6% – 2.3% rebat). Maksudnya, kalau harga emas naik 5% pun dah untung 1.3%! Tak perlu tunggu lama-lama untuk ambil untung.

3. Andai harga emas menjunam berapa banyak sekalipun, kita boleh beli seberapa banyak yang kita mahu. Dulu saya fikir, kalau harga emas jatuh menjunam, Public Gold akan hold stock . Hentikan jualan buat sementara waktu. Tapi realitinya, lagi banyak harga emas turun, lagi agresif Public Gold promote suruh beli. Dan ini menguntungkan pelabur untuk buat “short-term profit”. Contohnya, siapa yang beli emas sekitar hujung Disember 2013, bulan Mac 2014 dia dah boleh jual dan nikmati keuntungan sekitar 5% – 7% bergantung kepada item yang dia pilih.

Saya perhati ada syarikat lain, bila harga menjunam, barang terus out of stock. Harga murah pun tak berguna. Bila harga tinggi baru muncul stok-stok tu. Bila macam ni, pelabur emas akan rugi peluang beli emas pada harga murah.

4. Urusan jual beli emas Public Gold senang sebab banyak cawangan seluruh Malaysia. Setakat tahun 2017, Public Gold ada lebih 18 cawangan termasuk satu di Singapura dan satu di Jakarta (Indonesia). Setiap negeri ada cawangan Public Gold (kecuali Perlis). Jadi kita tak terlalu bergantung kepada dealer. Urusniaga pun lebih selamat dan terjamin.

Biasanya kalau nak beli emas mana-mana syarikat memang senang, tapi bila nak jual balik tu yang agak bermasalah kalau cawangan tak banyak. Masa nak beli, mungkin ramai dealer yang boleh bantu, tapi masa nak jual balik, tak ramai dealer yang sanggup beli balik terutamanya dealer yang kurang modal. Kalau emas Public Gold, kita boleh jual terus di cawangan terdekat.

5. Sejak tahun 2011 saya melibatkan diri dalam pelaburan emas, saya perhati Public Gold syarikat paling tak cerewet bila kita nak jual balik emas. Public Gold jamin beli balik emas dengan harga yang tinggi (rujuk harga “PG Buy” di website) walaupun emas tu calar, kemek, bengkok, hilang resit dan sebagainya asalkan berat masih kekal. Kalau hilang sijil ketulenan, Public Gold cuma tolak RM10 jer atas setiap item. Orang yang simpan emas Public Gold lebih peace of mind.

Sesetengah syarikat bukan sahaja emas tu calar, bahkan kalau hilang resit asal dan seal atau sarung plastiknya rosak pun dah jatuh nilai yang sangat banyak. Kalau hilang resit, harga dah lain. Kalau buka sarung plastik, dia akan tolak at least 25%. Ia dikira sebagai “used gold” atau “emas terpakai”. Kalau emas tu calar, kemek atau bengkok, tak payah cerita lah…

6. Emas Public Gold paling diterima meluas oleh Ar-Rahnu di Malaysia. Jadi kalau nak pakai duit untuk rolling, boleh pajak jer emas Public Gold untuk dapatkan pinjaman bercagarkan emas. Kemudahan pajakan ni penting terutamanya bagi mereka yang berniaga.

Emas Public Gold boleh dikatakan diterima hampir semua institusi Ar-Rahnu termasuk dua Ar-Rahnu terbesar di Malaysia iaitu Pos Ar-Rahnu dan Ar-Rahnu Bank Rakyat. Yang lebih menarik, terdapat 4 Ar-Rahnu yang terima gadaian emas Public Gold tanpa perlu buka sarung plastik untuk uji ketulenan iaitu:
  • Pos Ar-Rahnu (anak syarikat Pos Malaysia)
  • Ar-Rahnu Permodalan Kelantan Berhad (PKB)
  • Ar-Rahnu Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ)
  • Ar-Rahnu Koperasi Dagang Emas (KDE)
7. Harga emas Public Gold disemak setiap 20 minit mengikut “real-time” harga emas dunia. Kita boleh booking harga untuk BELI atau JUAL 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kalau harga menjunam tengah malam, kita boleh book harga rendah walaupun keesokan paginya harga dah naik balik. Kalau harga emas dunia naik mencanak, kita boleh booking harga JUAL yang tinggi walaupun harga dah turun balik waktu kita serahkan emas di pejabat Public Gold.

Jadi kalau nak beli, kita tak perlu gopoh datang ke office Public Gold. Book dulu harga, buat bayaran dalam tempoh 4 hari, dan datang ambil emas pada bila-bila masa kita free (selewatnya 2 bulan). Harga beli tetap “fixed” ikut harga kita booking tu. Nak jual balik pun sama. Book dulu harga, dan serahkan emas tu dalam tempoh 1 hari bekerja. Tak perlu gopoh untuk datang office Public Gold semata-mata nak “tangkap” harga terbaik. 

Lagi menarik, sekarang Public Gold dah ada kaedah belian yang dinamakan Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program). Kita boleh beli secara online 24 jam sehari dan simpan dengan Public Gold secara percuma tanpa sebarang caj. Kalau nak keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri, kita boleh keluarkan pada bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold. Kalau nak jual pun, boleh jual secara online untuk emas yang ada dalam akaun.

8. Banyak syarikat boleh jual emas, tapi tak banyak syarikat yang mampu beli balik terutamanya dalam jumlah yang besar. Dah beberapa syarikat yang saya dengar, bila orang nak jual balik dalam jumlah yang besar ketika harga tinggi, syarikat tak mampu beli. Ini memang jadi masalah kepada pelabur besar. 

Sejak Public Gold mula beroperasi tahun 2008, belum ada isu Public Gold tak mampu beli balik. Dah banyak kali harga emas mencanak naik, Public Gold dapat beli balik masa harga mahal dengan nilaian jutaan ringgit sehari. Public Gold pernah beli balik dalam jumlah RM8 juta sehari dan tiada sebarang masalah dari sudut pembayaran. Ada syarikat lain yang bila pembeli jual balik RM100,000 pun dah bermasalah untuk bayar sekaligus! 

9. Setiap gold bar dan dinar keluaran Public Gold disertakan sekali sijil ketulenan yang disahkan oleh assayer bebas. Jadi tak perlu risau tentang ketulenan emas Public Gold. Sejak 2008 lagi, tak pernah timbul apa-apa isu tentang ketulenan bahkan hari ni, ianya diterima meluas oleh  Ar-Rahnu di Malaysia. Banyak emas yang dijual dipasaran tak ada sijil ketulenan, bahkan Dinar Kelantan dan Kijang Emas Maybank pun tak ada sijil ketulenan.

Kalau beli emas sebanyak 200 gram dalam satu resit, anda secara AUTOMATIK jadi dealer Public Gold secara PERCUMA! Tak ada yuran sebenar untuk jadi dealer sebagaimana sesetengah syarikat kenakan yuran HANGUS tertentu contohnya RM1,000 untuk layak jadi dealer. Tapi Public Gold hakikatnya percuma sahaja. Kalau beli emas 200 gram hari ini, dan jual semua keesokannya, anda tetap jadi dealer Public Gold dan layak dapat REBAT untuk belian KEDUA dan seterusnya walaupun cuma beli sekeping 1 dinar.

10. Ada TUJUH kelebihan utama sebagai dealer emas Public Gold. Anda boleh pilih samada menjadi dealer Public Gold yang aktif dan menjana pendapatan sebagai dealer atau sekadar untuk dapat rebat atas belian sendiri. Kalau nak beli untuk simpanan sendiri pun, saya syorkan buat belian yang melayakkan jadi dealer (jika ada modal).

Public Gold telah mendapat sijil patuh syariah oleh panel syariah Public Gold iaitu Datuk Dr Mohd Daud Bakar. Beliau adalah Pengerusi Majlis Penasihat Shariah untuk Bank Negara Malaysia. Jadi pembeli emas Public Gold boleh beli emas dengan penuh yakin dan tak perlu risau tentang hukum jual beli emas bersama Public Gold. Ianya telahpun disahkan oleh pakar mualamat yang ternama di dunia.

Bersama Founder Public Gold, Dato' Wira Louis Ng
Tahniah sebab BERJAYA baca sampai habis.

Jangan tunggu lagi, MULAKAN simpanan emas sekarang!

PENTING:

Pertanyaan lanjut:
Adzlan Yusuf (Master Dealer PG008610)
016-861 5184

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.