Monday, 25 May 2026

DANA HAJI TURUN DENGAN SIMPANAN EMAS

Dana atau simpanan untuk menunaikan ibadah Haji lebih mudah tercapai jika menggunakan emas fizikal. Ramai yang fokus mengumpul wang untuk menunaikan Haji, tetapi tidak ramai yang sedar bahawa nilai wang boleh berubah.

Apabila kos Haji meningkat dari tahun ke tahun, jumlah wang yang diperlukan juga semakin besar. Sebaliknya, simpanan emas membantu mengekalkan kuasa beli. Sebab itu, apabila harga emas meningkat, jumlah gram emas yang diperlukan untuk menampung kos Haji semakin berkurangan.
  • Simpan duit, kos Haji makin mahal.
  • Simpan emas, kos Haji makin ringan.
Mulakan sedikit demi sedikit hari ini. Semoga Allah SWT permudahkan perjalanan kita menjadi tetamu-Nya di Baitullah.
Dah lama nak simpan emas, tapi tak tahu bagaimana cara nak MULA?

Jom baca panduan ringkas, #gerenti bossku boleh faham basic tentang simpanan emas fizikal! KLIK DISINI

Pertanyaan lanjut:
016-861 5184 (Adzlan)
014-330 9284 (Maya)

Sunday, 24 May 2026

APA ITU SPREAD?

Dalam transaksi jual beli emas, “SPREAD” ialah beza antara:

  • Harga PG Sell — Harga PG jual emas kepada anda
  • Harga PG Buy  — Harga PG beli semula emas daripada anda

Contoh:

  • Harga jual kepada pelanggan = RM1000
  • Harga belian semula (buyback) = RM940
Spread = 6%

Maksudnya:
  • Anda beli pada RM1000
  • Kalau terus jual balik, anda rugi RM60
  • Harga emas perlu naik sekurang-kurangnya 6% untuk balik modal.
Selagi harga jualan semula belum melepasi 6% jangan jual dulu. Boleh FAHAM?

Ringkasnya:

  • Spread kecil → lebih bagus untuk pelabur
  • Spread besar → lebih lambat untung kerana perlu tunggu harga naik lebih tinggi dahulu.
Dah lama nak simpan emas, tapi tak tahu bagaimana cara nak MULA?

Jom baca panduan ringkas, #gerenti bossku boleh faham basic tentang simpanan emas fizikal! KLIK DISINI

Pertanyaan lanjut:
016-861 5184 (Adzlan)
014-330 9284 (Maya)

Saturday, 23 May 2026

DUIT BOCOR!

Simpanan emas fizikal bukan sekadar cerita tentang harga naik atau turun semata-mata.


Ia sebenarnya satu alat disiplin kewangan yang sangat berkesan terutama untuk mereka yang selalu “terlepas kawal” bila pegang duit tunai.

Bayangkan begini…

Bila pegang duit kertas atau dalam akaun bank, ia terlalu mudah dibelanjakan. Nampak sedikit, tapi hakikatnya “bocor” perlahan-lahan.

Kopi hipster, makan luar, barang impulsif, benda yang bukan keperluan. Tanpa sedar, hujung bulan duit bocor entah ke mana.

Berbeza dengan emas fizikal. Emas bukan sesuatu yang kita boleh belanja sesuka hati.

Nak jual, kena pergi kedai, kena fikir dua tiga kali. Proses itu sendiri menjadi “filter semula jadi” yang menghalang kita daripada berbelanja secara impulsif.

Sebab itu, emas membantu kita menyimpan secara paksa, tapi bijak.

Dalam masa yang sama, emas menyimpan nilai usaha kita. Ia bukan sekadar baki nombor dalam skrin, tetapi sesuatu yang kita boleh pegang simbol hasil kerja keras yang tidak mudah hilang begitu sahaja.

Orang yang simpan emas biasanya akan sedar satu perubahan penting, duit mereka bukan lagi “habis” tetapi bertukar menjadi ASET.

Daripada habis pada benda yang tidak kekal, ia disimpan dalam bentuk aset yang lebih terjaga.

Kekuatan sebenar emas bukan hanya pada kenaikan harga semata-mata. Simpanan emas mendidik kita menjadi lebih berdisiplin, tidak boros dan lebih menghargai nilai duit!

Dah lama nak simpan emas, tapi tak tahu bagaimana cara nak MULA?

Jom baca panduan ringkas, #gerenti bossku boleh faham basic tentang simpanan emas fizikal! KLIK DISINI

Pertanyaan lanjut:
016-861 5184 (Adzlan)
014-330 9284 (Maya)

Friday, 22 May 2026

SKIM CEPAT KAYA

Ramai orang terperangkap dengan skim cepat kaya bukan kerana kurang bijak, tetapi kerana janji yang diberikan terlalu menarik dan nampak meyakinkan.

Antara tanda atau ciri-ciri skim cepat kaya :

1. Menawarkan pulangan pelaburan yang tidak masuk akal seperti 50–100% dalam tempoh singkat – Kalau benar terlalu lumayan dan risikonya rendah, sudah tentu institusi besar seperti KWSP, PNB atau Tabung Haji akan turut serta.

2. Menawarkan pulangan atau dividen harian, mingguan atau bulanan – Institusi kewangan yang kukuh dan lama bertapak pun kebiasaannya mengagihkan dividen secara tahunan.

3. “Labur duit, goyang kaki, tak perlu usaha, tak perlu cari pelanggan dan duit masuk sendiri” – Ayat seperti ini sering digunakan kerana ia sangat mudah menarik perhatian orang yang mahukan keuntungan cepat.

4. Menunggang agama – Ada pihak menggunakan imej agama, individu berimej ustaz atau sentimen agama bagi mendapatkan kepercayaan orang ramai.

5. Menggunakan gelaran palsu – Ramai penipu menggunakan gelaran hebat  (gelaran atau sijil palsu seperti Datuk, Doktor atau mengaku memiliki PhD) untuk menaikkan keyakinan orang ramai. Gelaran dan pangkat bukan jaminan sesuatu pelaburan itu selamat atau sah.

Buat semakan dahulu melalui senarai amaran pengguna kewangan Bank Negara Malaysia. Jangan mudah terpedaya dengan janji pulangan luar biasa yang terlalu indah untuk dipercayai.

“Ohh ya… Janjinya sudah pasti sehebat bulan dan bintang!”

Dah lama nak simpan emas, tapi tak tahu bagaimana cara nak MULA?

Jom baca panduan ringkas, #gerenti bossku boleh faham basic tentang simpanan emas fizikal! KLIK DISINI

Pertanyaan lanjut:
016-861 5184 (Adzlan)
014-330 9284 (Maya)

Thursday, 21 May 2026

DINAR EMAS

Lebih 2.5 juta rakyat Malaysia beli dinar emas menggunakan Akaun Emas GAP.

Kaedah ini lebih fleksibel, lebih mudah kumpul gram dan lebih jimat berbanding terus beli dinar secara lump-sum. 

Konsep biasa, kumpul gram dalam akaun dulu, bila cukup baru “withdraw” jadi dinar fizikal:

1. Tak perlu modal besar terus - Dinar perlukan modal agak tinggi jika beli terus sekaligus. Dengan GAP, orang boleh mula serendah sekitar RM100 dan kumpul gram sedikit demi sedikit sampai cukup untuk keluarkan dinar.

2. Boleh kumpul sikit-sikit, konsisten - Ramai orang lebih selesa “tabung emas” bulanan, contohnya RM100, RM300 atau RM500 ikut bajet. Bila gram cukup, baru convert kepada dinar fizikal. Ini bantu disiplin simpan emas tanpa rasa terbeban.

3. Lebih jimat dari segi premium (antara sebab paling kuat) - Bila beli emas fizikal macam dinar/gold bar, biasanya ada premium atau kos tambahan pada item fizikal. GAP pula beli gram emas dahulu tanpa premium item fizikal; kemudian bila nak keluarkan dinar baru tambah kos berkaitan item tersebut. Sebab itu ramai rasa teknik GAP → withdraw dinar lebih menjimatkan.

4. Tak pening fikir simpanan fizikal awal-awal - Kalau beli dinar terus, kena fikir tempat simpan, keselamatan, risiko hilang dan sebagainya. Dalam GAP, emas disimpan dalam akaun dahulu dan boleh ditebus jadi fizikal pada bila-bila masa.

5. Fleksibel — boleh jual atau withdraw - Kalau belum mahu pegang fizikal, simpan sahaja dalam akaun. Bila cukup gram:

  • Nak pegang sendiri → withdraw jadi dinar fizikal
  • Perlukan tunai → boleh jual terus dari akaun tanpa keluarkan fizikal 


Dah lama nak simpan emas, tapi tak tahu bagaimana cara nak MULA?

Jom baca panduan ringkas, #gerenti bossku boleh faham basic tentang simpanan emas fizikal! KLIK DISINI

Pertanyaan lanjut:
016-861 5184 (Adzlan)
014-330 9284 (Maya)

Monday, 18 May 2026

HARGA EMAS TURUN!



Kalau dibandingkan harga tertinggi RM764/gram dengan harga sekarang sekitar RM625/gram, bezanya ialah RM139/gram lebih murah

Ini bermaksud pembeli hari ini, dapat harga lebih rendah berbanding harga puncak. Contoh jika beli sebanyak 100 gram, anda JIMAT sehingga RM13,900 bossku!

Sekiranya harga emas kembali ke paras tertinggi seperti sebelum ini, pembeli berpotensi menikmati peningkatan nilai kerana membeli pada harga yang lebih rendah.

Dengan jumlah duit yang sama, anda boleh dapat lebih banyak gram emas berbanding ketika harga RM764/gram.

Jika belum memiliki Akaun Emas GAP, anda boleh menghubungi admin untuk pertanyaan lanjut ditalian 016-861 5184 atau KLIK DISINI