Friday, 22 May 2026

SKIM CEPAT KAYA

Ramai orang terperangkap dengan skim cepat kaya bukan kerana kurang bijak, tetapi kerana janji yang diberikan terlalu menarik dan nampak meyakinkan.

Antara tanda atau ciri-ciri skim cepat kaya :

1. Menawarkan pulangan pelaburan yang tidak masuk akal seperti 50–100% dalam tempoh singkat – Kalau benar terlalu lumayan dan risikonya rendah, sudah tentu institusi besar seperti KWSP, PNB atau Tabung Haji akan turut serta.

2. Menawarkan pulangan atau dividen harian, mingguan atau bulanan – Institusi kewangan yang kukuh dan lama bertapak pun kebiasaannya mengagihkan dividen secara tahunan.

3. “Labur duit, goyang kaki, tak perlu usaha, tak perlu cari pelanggan dan duit masuk sendiri” – Ayat seperti ini sering digunakan kerana ia sangat mudah menarik perhatian orang yang mahukan keuntungan cepat.

4. Menunggang agama – Ada pihak menggunakan imej agama, individu berimej ustaz atau sentimen agama bagi mendapatkan kepercayaan orang ramai.

5. Menggunakan gelaran palsu – Ramai penipu menggunakan gelaran hebat  (gelaran atau sijil palsu seperti Datuk, Doktor atau mengaku memiliki PhD) untuk menaikkan keyakinan orang ramai. Gelaran dan pangkat bukan jaminan sesuatu pelaburan itu selamat atau sah.

Buat semakan dahulu melalui senarai amaran pengguna kewangan Bank Negara Malaysia. Jangan mudah terpedaya dengan janji pulangan luar biasa yang terlalu indah untuk dipercayai.

“Ohh ya… Janjinya sudah pasti sehebat bulan dan bintang!”

Dah lama nak simpan emas, tapi tak tahu bagaimana cara nak MULA?

Jom baca panduan ringkas, #gerenti bossku boleh faham basic tentang simpanan emas fizikal! KLIK DISINI

Pertanyaan lanjut:
016-861 5184 (Adzlan)
014-330 9284 (Maya)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.