Sunday, 28 July 2013

Ebook "FREE" (10 Hari Terakhir Ramadan 1434H)

Alhamdulillah, tak terasa sudah 19 hari kita menunaikan Ibadah Puasa. Semoga Allah panjangkan umur kita agar dapat meningkatkan amal ibadat & bertemu lagi dengan Ramadan tahun depan, Insya Allah.

Sempena 10 hari terakhir Ramadan ini, Admin nak sedekahkan ILMU yang tak seberapa kepada semua pembaca setia blog Kerajaan Emas. Hadiah tersebut berupa ebook Teknik Asas Simpanan, Pelaburan & Perniagaan Emas Fizikal.
Ebook Teknik Asas Simpanan, Pelaburan & Perniagaan Emas Fizikal (Ver. 2)
Macam mana nak dapatkan ebook "FREE" ni?
SMS/WhatsApp/WeChat ke 012-8309284. Taipkan Ebook FREE & alamat e-mel anda. Selepas itu dalam tempoh 24jam Admin akan menghantar ebook tersebut (bukan serta merta). 

Mudahkan? jadi jangan tunggu lagi & SMS sekarang. Jangan lupa promosi menjadi Dealer Public Gold dengan belian 25 Dinar bakal berakhir 31 Julai 2013. Daftar SEGERA!!


Tuesday, 9 July 2013

Harga Emas Jatuh Lagi ? Buat Belian & Selamat Berpuasa =)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua =)

Pada 2 Julai 2013 Saya telah dijemput oleh Pusat Latihan Kecemerlangan Koperasi (PULAKOP) Kinarut, Sabah untuk berkongsi Ilmu berkenaan Pelaburan & Perniagaan Emas Fizikal. Saya sangat gembira apabila dapat berkongsi sesuatu yang baru terutamanya kepada peserta-peserta yang hampir kesemuanya adalah Usahawan.

Pusat Latihan Kecemerlangan Koperasi (PULAKOP), Kinarut Sabah.
Berdasarkan respon daripada peserta-peserta, saya mendapati masih ramai yang tidak menyedari bagaimana kenaikan harga emas dalam tempoh jangka masa panjang - akan memberikan keuntungan yang sangat banyak kepada penyimpan & juga pelabur. Namun begitu kriteria-kriteria penting pemilihan emas fizikal seperti harga, spread, ketulenan & faktor-faktor penting yang lain wajib diketahui terlebih dahulu. 

Selain itu saya turut berkongsi tips-tips bagaimana mengelakkan diri dari terjebak dengan skim cepat kaya, mendapat keuntungan dalam keadaan harga emas yang sangat rendah seperti sekarang serta faktor-faktor yang boleh mempengaruhi kenaikan & penurunan harga emas dunia.


Alhamdulillah selepas selesai seminar, ada diantara peserta yang terus memulakan simpanan Emas Fizikal & apa yang lebih menggembirakan apabila beberapa peserta terus mendaftar sebagai Agen/Dealer Public Gold. TAHNIAH kepada peserta-peserta yang telah membuat keputusan bijak disaat harga emas yang super murah!!!

Untuk rekod harga emas dunia telah jatuh sebanyak 26.3% tahun ini. Anda lihat sendiri carta dibawah - harga emas sentiasa menaik (hijau) setiap tahun, namun pada tahun ini situasi bertukar menjadi posisi menurun (merah). Anda risau tak? Ya anda harus risau jika tidak mempunyai strategi, ilmu & mentor yang betul.
Source : goldprice.org
Dalam keadaan harga emas yang sangat rendah sekarang anda harus memulakan tindakan pembelian & bukan membuat penjualan. Opss, harus diingat harga emas dunia kebiasaannya akan melonjak menjelang & pada bulan Ogos pada setiap tahun. 

Mmm... betul ke setiap tahun trend seakan-akan sama? Cuba anda perhatikan harga emas dibawah :)

Perhatikan pergerakan harga emas akan mula melonjak pada bulan Ogos setiap tahun.
Sekiranya anda memahami analisis pergerakan harga, pada setiap kejatuhan harga emas akan ada berlaku kenaikan. Dibawah, saya tunjukkan kepada anda jualan semula saya kepada Public Gold baru-baru ini. Jika tiada keuntungan daripada kenaikan harga belian terdahulu bagaimana saya boleh menjual semula kepada syarikat pengeluar/penjual? Mestilah ada untung =)

Sebahagian jualan semula saya kepada Public Gold.
Sebelum mengakhiri posting ini, saya ingin mengucapkan "Selamat Menunaikan Ibadah Puasa" kepada semua Umat Islam di seluruh dunia. Semoga semua pembaca blog ini semakin kaya & berjaya < saya DOAKAN.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi Dealer Public Gold bersempena promosi Ramadhan dengan hanya belian 25 Dinar = harga sekitar RM14,000 pada hari ini & anda jimat RM6,000 berbanding belian asal Normal Dealer.

Jumpa lagi.


Tuesday, 2 July 2013

Istimewa Ramadhan 2013



Rebut peluang bersempena "Promosi Ramadhan". Dengan hanya pembelian 25 Dinar - harga sekitar RM14,000 anda layak bergelar Dealer Public Gold. Dengan membeli 25 Dinar Emas Public Gold ini anda telah jimat sekitar RM6,000 berbanding modal asal untuk layak sebagai Dealer iaitu sebanyak RM20,000.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai promosi ini hubungi Admin ditalian 012 830 9284. Selamat menunaikan Ibadah Puasa =)


Friday, 21 June 2013

Kelas Analisis Teknikal Harga Emas (ATHE) 2013 Kota Kinabalu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Dah mulakan tindakan dengan belian Emas Fizikal yang pertama?

Syukur Alhamdulillah, Kelas Analisis Teknikal Harga Emas di Kota Kinabalu Sabah telah selesai diadakan pada 8 Jun 2013. Jutaan terima kasih kepada Mahaguru Syukor Hashim & En. Nor Shufaad yang sudi meluangkan masa untuk datang ke Kota Kinabalu bagi berkongsi ILMU yang sangat hebat ini.

Kelas ATHE 2013 - Kompleks Tabung Haji, Kota Kinabalu, Sabah.

TAHNIAH dari saya & Group Kerajaan Emas selaku penganjur kepada semua peserta. Saya sangat yakin kesemua peserta yang telah hadir Kelas ATHE kini mempunyai pengetahuan & kemahiran dalam membuat analisis bagi menentukan masa terbaik membuat pembelian emas fizikal.

Dengan adanya ILMU teknikal & fundamental yang telah dipelajari, Dealer-dealer kini lebih yakin dalam menentukan masa membuat pembelian & penjualan disamping dapat berkongsi pengetahuan ini kepada mereka yang masih baru dalam emas fizikal. Admin memohon maaf jika terdapat kekurangan semasa Kelas ATHE diadakan =).

Sebahagian peserta yang sempat bergambar kenangan selepas Kelas ATHE 2013
Kepada rakan-rakan yang tidak sempat menghadiri Kelas ATHE 2013, anda boleh menghubungi saya ditalian 012-8309284 untuk belajar mengenai Ilmu Emas Fizikal & Analisis Harga. 

Jumpa saya di Seminar Asas Teknik Simpanan Emas Fizikal pada 29 Jun 2013 di Public Gold Cawangan Kota Kinabalu. Masuk adalah PERCUMA (sila daftar awal). 

Terima Kasih diatas respon positif semua peserta, Alhamdulilllah.

Daftar Seminar Percuma ? Klik disini > Seminar Jun 2013

Wednesday, 5 June 2013

Pesta Menuai ILMU (Jun 2013)

Bil.
Tarikh & Masa
Lokasi
1.
7 Jun 2013 (Jumaat) @ 2pm – 4pm

#FREE
Queen Hotel, Keningau.

Kaya & Berjaya Dengan Emas Fizikal : 
PD Amir Saifuddin
2.
7 Jun 2013 (Jumaat) @ 830pm – 1030 pm

#FREE
Public Gold Branch (Kota Kinabalu)
Berhadapan 1 Borneo Hypermall,
(Sebaris Maybank Alamesra)
**Lot No. 19, Block B-10, Corner Lot 1st & 2nd Floor, Lorong Plaza Permai 1, Along Jalan Sulaman, Kota Kinabalu, Sabah.

Kenapa Anda Perlu Menyimpan Emas : 
Mahaguru Syukor Hashim
3.
8 Jun 2013 (Sabtu) @ 8am – 5pm
Kompleks Tabung Haji Kota Kinabalu.
Kelas Analisis Teknikal Harga Emas (pertama kali diadakan di Sabah tahun 2013).

4.
29 Jun 2013 (Sabtu) @ 1030am – 1230pm

#FREE
Public Gold Branch (Kota Kinabalu)
Berhadapan 1 Borneo Hypermall,
(Sebaris Maybank Alamesra)
**Lot No. 19, Block B-10, Corner Lot 1st & 2nd Floor, Lorong Plaza Permai 1, Along Jalan Sulaman, Kota Kinabalu, Sabah.

Teknik Kaya Dengan Emas Fizikal :
Muhamad Adzlan Bin Yusuf

Bagaimana cara utk hadir ke SEMINAR ini?

Kesemua Seminar diatas adalah 100 % PERCUMA kecuali Kelas Analisis Teknikal Harga Emas (8 Jun 2013). Tetapi sebelum datang kena register @ mendaftar tempat terlebih dahulu. Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya : 012-8309284 butiran-butiran berikut :

1. Taipkan SEMINAR: Nama penuh
2. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda

Contoh SMS:
SEMINAR : Ahmad bin Abu, Kota Kinabalu.
Jika hendak register lebih dari 1 tempat duduk, hantar SMS seperti ini:
SEMINAR : 1. Ahmad bin Abu, 2. Halimah Sawa, 3. Halim Bawang, 4. Jamal Pak Tongkol, 25.05.2013, Kota Kinabalu.
Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samaada masih ada kekosongan tempat atau tidak (biasanya dalam tempoh 24 jam bukannya serta merta. Harap maklum).

Apa faedah datang ke seminar ini?
First sekali, seminar ini adalah lebih kepada education mengenai Teknik Asas Simpanan Emas Fizikal. Kebanyakan peserta seminar ini mengakui bahawa mereka tidak pernah terfikir tentang keuntungan lumayan apabila menyimpan emas, apatah lagi melihat teknik-teknik manipulasi harga emas bagi mendapat lebih keuntungan. Kemudian teknik-teknik berniaga emas secara eksklusif akan didedahkan! Jadi, sekiranya anda ingin tahu selok belok Perniagaan Emas & Perak Fizikal yang betul maka anda wajib hadir seminar ini.

Thursday, 30 May 2013

Panduan Pelaburan Emas 2013 (PERCUMA)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Apa khabar semua pembaca? Saya doakan anda semua sihat, ceria & gembira adanya.

Baiklah, disini saya ingin berkongsi Laporan Panduan Pelaburan Emas Tahun 2013 (Gold Investing Guide 2013)

Laporan ini ditulis di dalam bahasa Inggeris dan sangat membantu jika anda ingin mengetahui hala tuju pelaburan emas untuk tahun 2013 dan seterusnya.
gold_investing_guide_2013






















Secara ringkasnya:

  1. Majoriti penganalisis daripada bank terkemuka seperti Bank Of America, Goldman Sachs, Barclay Capital, BNB Paribas dan UBS menjangkakan harga emas akan meningkat antara USD1800/Oz ke USD1900/Oz
  2. Prestasi harga emas tahun 2012 diterangkan secara panjang lebar (mukasurat 3)
  3. Krisis zon Euro dijangka akan menjadi pemangkin kenaikan harga emas
  4. Masalah Amerika Syarikat – Beban hutang yang meningkat, cetakan wang dan kadar faedah yang rendah akan mendorong harga emas naik (mukasurat 4)
  5. Pembelian emas oleh bank-bank pusat di seluruh dunia akan memainkan peranan di dalam kenaikan harga emas. Ini kerana kebanyakan bank pust di seluruh dunia ingin memperbagaikan rizab mereka selain dari US Dollar yang dilihat tidak stabil.

gold_quotes


Faktor-faktor yang terhampir yang boleh memberikan kesan positif terhadap harga emas adalah :

  1. Masalah Geopolitik – Masalah ketidakstabilan politik yang berlaku di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan, Syria boleh menyebabkan harga minyak naik mendadak. Apabila harga minyak naik mendadak, biasanya harga emas turut serta naik.
  2. Peningkatan permintaan penghantaran emas fizikal di COMEX (Comodity Futures Exchange) boleh menyebabkan kekurangan bekalan emas fizikal. Ini boleh menyebabkan peningkatan harga emas fizikal.
  3. Emas dikenali sebagai aset selamat. Ia mengekalkan nilainya semasa krisis kewangan tahun 2009 dan telah menunjukkan peningkatan harga sehingga tahun 2012. Pada masa ini, pelabur-pelabur menunjukkan keresahan terhadap pasaran bon dan hutang negara. Di dalam kitaran pelaburan, apa yang mungkin berlaku ialah pasaran bon akan jatuh menyebabkan pelabur lari kepada emas dan perak.
gold_quotes2

Banyak lagi maklumat-maklumat yang anda boleh perolehi daripada laporan ini. Saya harap anda boleh download dan membacanya. Mari berkongsi ilmu!

Kongsikan laporan ini dengan semua rakan anda yang ingin mengetahui potensi emas pada tahun 2013 dan seterusnya. Anda boleh forwardkan artikel ini kepada mereka atau kongsikan dengan rakan-rakan FB anda.

Rakan-rakan anda pasti berterima kasih kepada anda.

pelaburan_emas_2013


Wednesday, 8 May 2013

Seminar Teknik Kaya Dengan Emas Fizikal (Mei 2013)


Tarikh
Masa
Tempat
25.05.2013    (Sabtu)
1030am – 1230pm
Public Gold Branch (Kota Kinabalu)
Berhadapan 1 Borneo Hypermall,
(Sebaris Maybank Alamesra)
**Lot No. 19, Block B-10, Corner Lot 1st & 2nd Floor, Lorong Plaza Permai 1, Along Jalan Sulaman, Kota Kinabalu, Sabah.
Bagaimana cara utk hadir ke seminar ini?

Seminar ini adalah PERCUMA.
Tetapi sebelum datang kena register @ mendaftar tempat terlebih dahulu.
Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya : 0168615184 butiran-butiran berikut :

1. Taipkan SEMINAR: Nama penuh
2. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda

Contoh SMS:
SEMINAR : Ahmad bin Abu, Kota Kinabalu.
Jika hendak register lebih dari 1 tempat duduk, hantar SMS seperti ini:
SEMINAR : 1. Ahmad bin Abu, 2. Halimah Sawa, 3. Halim Bawang, 4. Jamal Pak Tongkol, 25.05.2013, Kota Kinabalu.
Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samaada masih ada kekosongan tempat atau tidak (biasanya dalam tempoh 24 jam bukannya serta merta. Harap maklum).

Apa faedah datang ke seminar ini?
First sekali, seminar ini adalah lebih kepada education mengenai Teknik Asas Simpanan Emas Fizikal. Kebanyakan peserta seminar ini mengakui bahawa mereka tidak pernah terfikir tentang keuntungan lumayan apabila menyimpan emas, apatah lagi melihat teknik-teknik manipulasi harga emas bagi mendapat lebih keuntungan. Kemudian teknik-teknik berniaga emas secara eksklusif akan didedahkan! Jadi, sekiranya anda ingin tahu selok belok Perniagaan Emas & Perak Fizikal yang betul maka anda wajib hadir seminar ini.