KEUNTUNGAN DEALER

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 
Saya DOAKAN ANDA semua semakin kaya dengan simpanan Emas Fizikal. Kepada anda yang sedang merancang untuk menjadi Dealer Public Gold, disini saya terangkan keuntungan UTAMA & kelebihannya.

Perbezaan situasi diantara menjadi seorang Penyimpan dengan menjadi seorang Dealer Public Gold dapat dirumuskan begini.

  • Jika anda adalah seorang Pembeli/Penyimpan, anda cuma berharap agar harga emas naik & sentiasa naik kerana keuntungan anda adalah bergantung sepenuhnya kepada kenaikan harga emas.
  • Berbeza apabila anda menjadi seorang Dealer, apabila harga emas naik anda happy & apabila harga emas turun pun anda tetap happy! Jawapannya adalah kerana ramai pelanggan LOCK ketika harga rendah. Maksudnya komisyen anda berganda-ganda & pada masa rendah juga anda tambahkan stok simpanan anda sendiri.
Kelebihan bagi Dealer yang menyertai KeRaJaaN EMaS Group – akan diberikan bimbingan secara peribadi oleh saya sendiri sehingga anda berjaya buat duit dengan perniagaan Emas, InsyaAllah. Best ke tak best?


TIGA Keuntungan UTAMA menjadi Dealer yang PASTI diperolehi :

1.    Untung Capital Gain
2.    Untung Komisyen
3.    Untung Buy Back

  1. Untung Capital Gain
Semua Pembeli/Penyimpan Emas Fizikal akan dapat merasakan keuntungan ini. Anda adalah seorang Dealer atau tidak anda pasti untung!! apa yang penting adalah anda memiliki Emas Fizikal sebanyak mungkin. Best kan memiliki Emas Fizikal, semakin lama disimpan semakin mahal. Bernilai sepanjang zaman!

Contoh mendapat keuntungan melalui capital gain adalah seperti ; pada tahun 2012 anda telah membeli Emas bernilai RM100,000. Sekiranya harga emas naik sebanyak 30%, nilai Emas Fizikal anda kini adalah RM130,000. So keuntungan anda adalah RM30,000. Jika dibandingkan dengan ASB hanya memberikan purata pulangan sekitar 8% setahun. (*tertakluk kepada kenaikan harga emas tahunan)

Harga Emas sentiasa meningkat pada setiap tahun !!

2. Untung Komisyen

Normal Dealer – 1% komisyen
Priority Dealer – 1.5% komisyen
Master Dealer – 2% komisyen

Dengan pembelian pertama Emas Fizikal bernilai RM30,000 (dalam satu resit), anda akan layak menjadi Normal Dealer.

Pembelian Emas Fizikal sebanyak RM200,000 (dalam satu resit) akan melayakkan anda sebagai Priority Dealer, seterusnya layak mendapat komisyen sebanyak 1.5% dari nilai keseluruhan belian.

Dan dengan belian sebanyak RM1,000,000 anda secara automatik akan bergelar Master Dealer serta layak mendapat komisyen sebanyak 2% dari setiap belian.

NOTA : Bagi belian kali pertama, Introducer akan mendapat insentif keseluruhan belian.

Contoh Komisyen :

  1. Anda berstatus Priority Dealer & ingin membeli Jongkong Emas Public Gold yang berharga RM43,000 ; jadi anda akan mendapat komisyen sebanyak 1.5% iaitu RM645.
  2. Anda menetap di Kota Kinabalu, dan dalam situasi ini pelanggan anda berada di Kuching ; anda hanya perlu lock harga yang rakan anda ingin beli tersebut dan secara automatik komisyen tersebut menjadi milik anda! Rakan anda tersebut hanya perlu meminta bantuan anda untuk lock harga seterusnya membuat bayaran dan mengambil stok di cawangan berdekatan. Mudah =)












    1. Untung Buy Back - Ini adalah untung yang paling saya gemari, kenapa? Sebagai seorang Dealer, anda akan mendapat keuntungan mudah sebanyak 4.5% hingga 10% sekiranya mendapat Buy Back dari pelanggan :

    Harga Emas Public Gold
















    Jika pelanggan ingin membeli Emas Public Gold lihat harga PG Sell.

    Jika pelanggan kita sebelum ini merasakan mereka sudah untung dan nak jual balik jongkong Emas tersebut kepada kita, mereka akan lihat harga PG Buy.

    Contoh :

    1.  Ah Chong telah membeli emas 100 gram pada Ogos tahun lepas daripada saya. Setahun kemudian Ah Chong merasakan sudah mendapat  keuntungan dan beliau ingin menjual semula Emas Fizikal tersebut kepada saya, jadi Ah Chong akan refer harga PG BUY iaitu RM16,207.00

    2.  Saya akan bayar kepada Ah Chong  tunai RM16,207.00 dan saya mendapat Jongkong Emas 100 gram tersebut semula.

    3.  Pada hari yang sama, Pak Abu call dan beliau ingin membeli Jongkong Emas 100 gram. Disinilah untungnya! Saya refer harga PG SELL iaitu RM17,060.00 - Pak Abu akan membayar  saya sebanyak RM17,060 dan saya serahkan Jongkong Emas 100 gram.

    *Disini saya telah mendapat untung sebanyak RM853 untuk urusniaga buy back ini !! Alhamdulillah… Inilah untung Dealer Public Gold yang paling best. Bagaimana jika dalam 1 hari anda mendapat 4 hingga 5 buy back? Kalau nak dapat untung sebegini anda perlu berguru dengan saya !! Boleh Bah kalo kau =)

    Kesimpulan :

    1. Emas adalah komoditi - prestasi harganya ada naik & turun namun untuk jangka masa panjang posisi harga Emas adalah menaik. Semakin lama anda tangguhkan pembelian semakin jauh harga Emas meninggalkan anda.

    2. Ingin saya tekankan disini mendapat customer yang banyak adalah Bonus kepada anda sebagai Dealer. Untuk mendapat ramai customer anda perlu banyak belajar, merancang strategi & semuanya adalah berperingkat. 

    3. Anda sebenarnya mampu memaksimakan keuntungan walaupun tidak memiliki customer yang ramai. Bagaimana? Semua rahsia & strategi kejayaan ini akan saya kongsikan setelah anda menyertai KeRajaaN EMaS Group. Hubungi [Admin] ditalian 012-8309284.

    Jumpa lagi !!

    PENTING : Fahami ILMU Asas Emas Fizikal, KLIK => APA ITU SPREAD?


    No comments:

    Post a Comment

    Note: only a member of this blog may post a comment.