CARA BELI/LOCK

EMPAT Soalan Popular Tentang Lock Harga

1. Apa maksud LOCK harga?
Lock harga bermaksud anda telah membuat tempahan dan bersetuju untuk membeli pada harga semasa seperti yang dipaparkan di blog ini atau www.publicgold.com.my 

Contoh :
Harga semasa 250 gram (PG Sell) pada 2 Januari 2013 adalah RM34,000. Sekiranya pada 3 Januari 2013 harga 250 gram (PG Sell) melonjak kepada RM35,000 anda tetap hanya perlu membayar jumlah harga yang LOCKED pada 2 Januari 2013. Begitu juga sebaliknya jika harga emas jatuh selepas lock harga dibuat.

2. Adakah terdapat kos-kos lain yang perlu dibayar atau hanya mengikut seperti harga web?
Hanya tambahan untuk bayaran Gold Premium dikenakan. Gold Premium adalah kos pengangkutan atau penghantaran emas fizikal dari kilang emas ke cawangan Public Gold seluruh Malaysia. Sebagai contoh harga semasa 10 gram adalah RM1,500 + Gold Premium (Semenanjung) RM10 = RM1,510.

PENTING : Emas dan perak fizikal (LBMA) keluaran Public Gold dikecualikan GST.


Gold Premium Bagi Semenanjung Malaysia & Borneo.

3. Pernahkah pelanggan membuat pembatalan LOCK harga?
Semenjak saya berniaga emas fizikal (bermula 2011) pembatalan lock harga sangat jarang berlaku. Namun begitu perkara seperti ini tidak dapat dielakkan dan pasti akan berlaku kepada mana-mana Dealer yang mempunyai ramai pelanggan. Biasanya pelanggan yang tidak membuat bayaran selepas locked harga bukanlah pelanggan yang serius dan saya kategorikan sebagai PENIPU!

4. Apakah kesan kepada pelanggan yang membuat pembatalan LOCK?
Public Gold akan menyenarai hitamkan pelanggan-pelanggan yang pernah membuat pembatalan lock dan tidak membuat bayaran selepas tempahan dibuat. Penalti atau denda akan dikenakan keatas pelanggan yang tidak membuat bayaran (ditetapkan oleh Public Gold)

Sekiranya pelanggan tersebut ingin membuat urusan belian dan jualan semula pada masa akan datang, beliau perlu menjelaskan penalti keatas pembatalan tempahan yang pernah dibuat sebelum ini.

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

Bagaimana cara LOCK harga?
Anda hanya perlu ikuti EMPAT langkah mudah dibawah :

Langkah 1 :
Lihat harga emas disebelah kanan blog ini atau layari www.publicgold.com.my dan buat pilihan produk. Selepas itu anda perlu SMS/WhatsApp butir-butir berikut ke 016-8615184 atau 012-8309284 :
  • Nama penuh
  • No. kad pengenalan
  • E-mel anda
  • Branch Public Gold pilihan
  • Produk pilihan

Admin akan membuat tempahan online untuk anda mengikut harga semasa. Dalam tempoh 24 jam, Sales Order akan di e-melkan kepada anda beserta jumlah bayaran yang perlu dibuat.

Selepas 24 jam, jika masih belum menerima Sales Order jangan buat bayaran dan hubungi Admin semula untuk semakan.

Contoh Sales Order yang anda akan terima.

Langkah 2 :
Selepas menerima Sales Order anda hendaklah membuat bayaran ke Akaun Bank Public Gold. Bayaran boleh dibuat melalui pindahan online, Kaunter Bank, CDM dan Cek.

Nama Akaun : Public Gold Marketing Sdn. Bhd.
Maybank : 5071-3410-4563          Public Bank : 3167-52-0833
E-mel : payment@publicgold.com.my

Bayaran menggunakan maybank2u
Bayaran menggunakan Kaunter Bank (Maybank)

Bayaran menggunakan CDM
Bukti bayaran WAJIB dibawa semasa mengambil stok emas fizikal

Langkah 3 :
E-melkan bukti bayaran bersama  nama penuh, no. kad pengenalan dan no. handphone anda  ke payment@publicgold.com.my 

Cc bukti bayaran kepada Admin; adzlanyusuf@gmail.com 

Tujuan e-mel bukti bayaran ini adalah memastikan stok tempahan anda tersedia awal dan memudahkan pihak Public Gold menyemak bayaran yang telah dibuat. Setelah itu anda boleh menghubungi Admin atau cawangan Public Gold terdekat untuk memaklumkan bila tarikh ingin membuat pengambilan emas fizikal.

Langkah 4 :
Akhir sekali anda boleh ke cawangan Public Gold pilihan untuk mengambil tempahan emas dan perak fizikal. Bagi pengambilan stok kali pertama anda perlu mengisi borang pelanggan atau Dealer baru. Bahagian Introducer tuliskan :

MUHAMAD ADZLAN BIN YUSUF (PG008610).

Dokumen-dokumen WAJIB dibawa untuk pengambilan stok emas :
  • Kad pengenalan
  • Bukti bayaran asal (WAJIB)
  • Salinan muka depan akaun Maybank atau Public Bank (Untuk Dealer baru sahaja. Pelanggan biasa tidak perlu).      

Sebarang pertanyaan lanjut :
Muhamad Adzlan [Admin]
Master Dealer PG008610
016-8615184 | 012-8309284


Ebook Panduan Pantas EMAS [KLIK DISINI]

No comments:

Post a comment

Note: only a member of this blog may post a comment.