Monday 3 October 2016

APA BEZA GAP DAN NON-GAP?

Untuk artikel kali ini saya akan fokus menerangkan tentang Non-GAP. Jika anda belum memiliki simpanan GAP, sila muat-turun mini ebook Panduan Pantas GAP (panduan lengkap) dengan PERCUMA sekarang!

KLIK DISINI untuk download PERCUMA.

Apa Itu Non-GAP?

Dalam ayat yang lebih mudah Non-GAP = Bukan GAP. Sebenarnya kaedah belian Non-GAP sebelum ini disebut sebagai LOCK HARGA. Selepas GAP diperkenalkan pada tahun 2014, kaedah lock harga ini sedikit tenggelam.

Siapakah yang biasanya menggunakan kaedah belian Non-GAP?
  1. Semua pelanggan Public Gold boleh menggunakan kaedah belian Non-GAP
  2. Pelanggan yang memiliki Safe Deposit Box (SDB). Belian melalui Non-GAP, pelanggan perlu menyimpan sendiri emas fizikal (berbeza dengan GAP - free storage)
  3. Pelanggan yang memiliki bajet belian sekitar 10 gram atau lebih
  4. Pelanggan yang berada pada posisi pelabur 
  5. Dealer emas yang ingin mendapatkan stok dengan cepat
Harga Non-GAP (petak hijau) dikemaskini setiap 20 minit

Harga Non-GAP dikemaskini setiap 20 minit (rujuk petak hijau). Jadi pembeli emas yang berada pada posisi pelabur dapat memanfaatkan peluang untuk lock harga sebelum naik lebih tinggi atau turun lebih banyak.

Berbeza dengan GAP, harga hanya dikemaskini sekali sehari sahaja (12:00 tengah malam).

Kaedah belian mana lebih baik, GAP atau Non-GAP?
  1. Jika anda memiliki SDB sendiri dan bajet belian melebihi 10 gram, kaedah Non-GAP adalah lebih sesuai
  2. Jika belian sekitar 1 gram, target sebagai simpanan dan tidak memiliki SDB kaedah GAP adalah pilihan terbaik!
Nota:
Kedua-dua kaedah belian ini mempunyai kelebihan masing-masing, terpulang kepada anda sendiri untuk membuat pilihan. Namun apa yang wajib anda tahu, bagi setiap belian melalui GAP atau Non-GAP, pembeli akan mendapat emas fizikal. 

Sekiranya ingin membuat tempahan melalui Non-GAP atau lock harga KLIK DISINI

Pertanyaan lanjut:
Adzlan Yusuf (016-8615184)
Master Dealer PG008610

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.