Thursday 12 March 2015

GST BERMULA APRIL 2015

Kerajaan Malaysia akan mula mengenakan GST bermula April 2015. Untuk emas fizikal, ada yang dikenakan GST dan ada yang dikecualikan daripada GST. Contoh emas yang dikenakan GST ; Barang kemas, dinar emas 916 dan apa-apa jenis jongkong emas keluaran tempatan, numismatic coin. Namun begitu, pengecualian GST diberikan kepada produk emas yang termasuk didalam kategori Logam Berharga Pelaburan (Precious Investment Metals).

PETIKAN DARIPADA PERINTAH CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (PEMBEKALAN DIKECUALIKAN) 2014.
4. (1) Tertakluk kepada sub butiran (2), logam berharga pelaburan adalah seperti yang berikut:
(a) Emas yang—
(i) dalam bentuk bar, jongkong atau wafer; P.U. (A) 271
(ii) mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99.5%; dan
(iii) memiliki ciri-ciri pelaburan;
(b) Perak yang—
(i) dalam bentuk bar, jongkong atau wafer;
(ii) mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99.9%; dan
(iii) memiliki ciri-ciri pelaburan;
Definisi dan produk Precious Investment Metals ini agak panjang, jadi saya sarankan anda download dokumen di website Kastam. KLIK DISINI untuk download.

Persediaan Menghadapi GST.
Bagi tahun 2015, Public Gold telah bersiap sedia dengan jongkong emas yang DIKECUALIKAN GST. Public Gold telah melantik Nadir Metal Refinery dari Turki untuk mencetak semua jongkong emas Public Gold bermula Disember 2014. Anda boleh layari website Nadir Metal Refinery KLIK DISINI

Nadir Metal Refinery merupakan ahli LBMA (London Bullion Market Association). Ini membolehkan produk yang dikeluarkan oleh Nadir Metal Refinery diiktiraf di seluruh dunia. Kelebihan emas LBMA Public Gold :
  1. Pembeli jimat dari membayar cukai GST sebanyak 6%
  2. Emas LBMA diiktiraf peringkat antarabangsa dan boleh dijual di luar negara dengan harga yang lebih tinggi
  3. Emas LBMA sangat berkualiti, cantik dan saya yakin anda akan berasa bangga memilikinya
  4. Emas LBMA keluaran Public Gold boleh digadaikan di Ar-Rahnu Pos tanpa perlu buka seal.

Emas fizikal keluaran Public Gold berstatus LBMA dan dikecualikan GST

INFO TAMBAHAN:

Apa itu LBMA ?
LBMA ringkasan dari London Bullion Market Association iaitu satu badan induk yang berpusat di London. Ia adalah badan utama yang mengawal bagi menentukan pasaran emas dan perak di seluruh dunia dari aspek harga, ketulenan, kualiti, penghantaran, maintenance, standard dan sebagainya.

Di tubuhkan pada 1987 oleh Bank of England dan keahlian sehingga kini lebih kurang 145 syarikat dari seluruh dunia termasuk pelombong, bank, pelabur, pelebur, pembekal dan pengilang. Bukan semua syarikat pengeluar emas di akreditasikan oleh LBMA. Hanya syarikat yang terpilih dan memenuhi kriteria sahaja boleh bernaung di bawah LBMA. Diringkaskan hanya pengeluar emas yang besar, kukuh dan hebat sahaja boleh di akreditasikan oleh LBMA antaranya pamp suisse, perthmint, argor, valcambi, degussa, ettihad, nadir dan bermacam-macam lagi. 

Di Malaysia banyak juga syarikat pengeluar emas antaranya amethyst, GCP, GSR, hanagold, GGV, Harimaumint, ghaq dan banyak lagi. Hanya Public Gold sahaja satu-satunya syarikat emas Malaysia yang mendapat pengiktirafan LBMA melalui usaha sama atau MOU dengan ahli LBMA yang berpusat di Turkey iaitu Nadir Metal Refinery ( NMR ). Pembekal utama emas mentah adalah dari Nadir, Turkey dan Public Gold hanyalah pengeluar atau pengedar yang menggunakan platform kilang yang menggunakan jenamanya sendiri tetapi material dan kualiti adalah dari Nadir.

Kenapa perlu LBMA?
  • Tidak dikenakan GST kerana ia adalah emas 999.9 bertujuan simpanan dan pelaburan
  • Diiktiraf di peringkat antarabangsa maksudnya kalau nak jual di luar negara ia diterima dengan harga yang lebih tinggi
  • Cantik, berkualiti dan senang di uruskan.
Apakah kelemahan LBMA?
  • Emas jenis LBMA berseal kekal. Sekiranya di buka seal maka spreadnya akan meningkat sehingga 10% dan dikategorikan sebagai emas terpakai
  • Emas LBMA diterima oleh banyak ar-rahnu tetapi kebanyakan ar-rahnu mensyaratkan perlu di buka seal terlebih dahulu
  • Buat masa ini hanya ar-rahnu pos Malaysia sahaja yang menerima emas LBMA keluaran Public Gold tanpa perlu dibuka sealnya
  • Susut nilai ( spread ) tinggi sedikit
  • Gold premium tinggi sedikit.
Anda baru berkenalan dengan simpanan dan pelaburan emas fizikal?
Dapatkan ebook terbaru PANDUAN PANTAS EMAS KLIK DISINI

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.