Tuesday 19 February 2013

Dimana Posisi ANDA?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Apa khabar anda semua? Saya doakan anda semua sihat bersama keluarga tersayang. Disaat harga Emas yang tengah jatuh banyak ni anda dah buat tindakan?

I m Superhero NOT  Super Investor :)
Sebelum itu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah hadir ke Seminar Percuma pada 16 Februari 2013 di Cawangan Public Gold Kota Kinabalu baru-baru ini. TAHNIAH kepada ANDA yang dah mulakan tindakan & saya doakan anda semua bertambah kaya dengan simpanan Emas Fizikal.

Sepanjang hampir 2 tahun saya berkongsi Ilmu yang tidak seberapa ini, saya dapat bahagikan pembeli atau Dealer baru kedalam 3 kategori :

        1.       Penyimpan
        2.       Pelabur
        3.       Peniaga Emas




1.       Penyimpan

Penyimpan adalah  kategori saya 2 tahun yang lepas. Saya hanya beli emas fizikal untuk simpanan masa depan. Pemahaman saya pada masa itu sangat mudah. Contohnya jika saya beli emas fizikal bernilai RM20,000 dan harga emas naik sebanyak 30% selepas 1 hingga 2 tahun saya akan jual semula kepada Public Gold. Maksudnya disini RM20,000 X 30% = RM6000, nilai emas fizikal selepas kenaikan harga adalah RM26,000. Jadi RM6000 itulah keuntungan saya. Masa tu tak fikir tolak “spread lagi”. Hehehee...

Harga Emas bagi tempoh 10 tahun - posisi menaik!
Biasanya yang berada dalam kategori penyimpan ni tak kisah sangat tentang kenaikan & penurunan harga dalam tempoh singkat sebab belian emas fizikal tersebut memang dijadikan sebagai simpanan jangka masa panjang. In Shaa Allah memang untung.

2.       Pelabur

Saya mula memahami kategori sebenar Pelabur Emas Fizikal selepas beberapa bulan menjadi Dealer Public Gold. Pelabur biasanya mahukan keuntungan dalam masa yang singkat & sederhana. Apa yang best bila anda faham keuntungan sebenar seorang pelabur adalah anda tidak kisah samaada anda mempunyai customer yang membeli emas fizikal daripada anda atau tidak. Ini adalah kerana anda lebih mengutamakan keuntungan daripada pelaburan/belian anda sendiri.

Jongkong Emas 250g & 500g pilihan terbaik sebagai pelabur
Sebagai contoh pelabur telah membeli emas fizikal 250g bernilai RM40,000. Sekiranya harga emas naik sebanyak 10%  pelabur sudah boleh menjual semula emas fizikal yang dibeli sebelum ini memandangkan spread bagi 250g gold bar Public Gold hanyalah sebanyak 4.5%. Disini Pelabur telah untung sebanyak 5.5% belum ditambah lagi komisyen belian 1-2% dan komisyen jual semula sebanyak 0.5%. Jumlah keuntungan sebenar pelabur adalah 7-8% daripada harga belian pertama emas fizikal tersebut.

Contoh kiraan dengan 250g gold bar sebagai contoh :
(A)   Komisyen belian : RM40,000 x 2% (Master Dealer) = RM800
Harga emas naik 10%  : RM44,000 – spread (RM1980) = RM42,020 (Harga jual balik)
(B)   Harga jual balik RM42,020 – Harga modal RM40,000 = Untung kenaikan RM2020
(C)   Komisyen jual balik 0.5% X RM42,020 =RM210

Untung Keseluruhan = (A) + (B) + (C)
RM800 + RM2020 + RM210 = RM3030 (Untung bersih) & kini anda memiliki tunai sebanyak RM45,050 untuk membuat pembelian semula. Bagaimana sekiranya ketika anda menjual semula kepada Public Gold kenaikan harga adalah 30%? Hmm... Anda buatlah kira2 sendiri.

Bila anda sudah faham konsep sebenar pelaburan emas fizikal anda memang sangat seronok sebab ianya boleh dijadikan sebagai pendapatan pasif anda setiap bulan.

3.       Peniaga Emas

Dengan memahami  konsep penyimpan & pelabur adalah amat mudah untuk menjadi peniaga emas. Sebagai peniaga emas Public Gold kenaikan & penurunan harga emas bukanlah satu masalah, Kenapa? Sekiranya harga emas naik pembeli akan menjual semula emas fizikal tersebut kepada saya semula atau terus kepada Public Gold.

Dengan membuat belian semula daripada pelanggan terdahulu saya akan dapat untung spread bermula 4.5% sehingga 10%. Sekiranya pembeli menjual semula bermakna mereka sudah mendapat keuntungan. Jika pembeli merasakan mereka untung hasil daripada simpanan atau pelaburan emas terdahulu pasti akan ada repeat sale kepada penjual. Sebab itu saya masih setia bersama Public Gold. Dengan spread terendah di Malaysia pelanggan akan cepat untung.

Berbeza ketika harga tinggi, komisyen belian saya akan berganda2 apabila harga emas jatuh atau turun. Ini adalah disebabkan pembeli & pelabur akan mengambil kesempatan membeli sebanyak yang mungkin bagi memaksimumkan keuntungan. Inilah kelebihan menjadi peniaga emas Public Gold. Harga naik & turun tetap akan mendatangkan keuntungan kepada Dealer & Customer.

Fikirkan dimana posisi anda? Posisi saya dibahagian serangan : p
Dengan memahami ketiga2 kategori diatas saya berharap dapat membantu anda dalam megenalpasti posisi anda didalam Pelaburan Emas Fizikal. Sekiranya anda berjaya menggabungkan ketiga2 kategori  3P diatas anda "Sangat Untung" & sudah pasti boleh menjadi seorang Mentor Emas Fizikal. Tiada yang mustahil dengan adanya Ilmu & Mentor yang betul. Sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi saya terus ditalian 016-8615184.

Jauhi Skim Cepat Kaya & Jumpa lagi !!

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.