Thursday 4 June 2020

SYARIAH EASY PAYMENT PURCHASE (SEPP)

Baru-baru ini admin terima beberapa pertanyaan tentang kaedah belian emas melalui Syariah Easy Payment Purchase (SEPP). Ada dua bentuk penerangan yang saya akan berikan:

1. PENERANGAN KEPADA ORANG AWAM

Orang awam merujuk kepada orang yang tidak belajar dalam bidang syariah dan bergantung kepada ilmu orang yang lebih pakar dalam membuat keputusan. Untuk orang awam, urusniaga belian melalui Syariah Easy Payment Purchase (SEPP) ini telah disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold iaitu Amanie Advisors.

Amanie Advisors adalah salah sebuah syarikat konsultan yang menawarkan khidmat dalam bidang syariah. Ia diterajui oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, seorang pakar di dalam bidang syariah. Beliau sentiasa menjadi sumber rujukan samada di dalam mahupun di luar negara.

Maklumat berkenaan Amanie Advisors, layari https://amanieadvisors.com/

Amanie Advisors bertanggungjawab menasihati dan menyediakan SOP yang perlu dipatuhi oleh Public Gold agar selari dengan kehendak syariah. Setelah Public Gold berjaya mematuhi SOP yang ditetapkan, maka Public Gold mendapat sijil patuh syariah untuk urusniaga melalui SEPP ini.

Sijil patuh syariah Public Gold yang telah dikeluarkan oleh Amanie Advisors
Untuk orang awam dan juga pelanggan Public Gold, (gambar di atas) adalah bukti sijil kepatuhan syariah. 


2. PENERANGAN KEPADA ORANG AHLI

Orang ahli merujuk kepada orang yang pakar di dalam bidang mualamat (muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia).

Prinsip syariah yang digunakan untuk urusan belian emas secara SEPP adalah seperti berikut:

Apabila membuat tempahan, itu adalah proses mengunci harga emas yang ingin dibeli. Ini dipanggil ‘𝒘𝒂’𝒂𝒅’ atau persetujuan untuk membeli emas pada harga tertentu.

Setelah mengunci harga, pembeli akan membuat pembayaran secara berperingkat-peringkat kepada Public Gold. Pembayaran yang dibuat secara bulanan ini dianggap sebagai deposit sekuriti. Ia dipanggil ‘𝑯𝒂𝒎𝒊𝒔𝒚 𝑱𝒊𝒅𝒅𝒊𝒚𝒚𝒂𝒉’.

Pembayaran ini bukanlah bayaran ansuran untuk belian emas. Sepanjang proses pembayaran tidak berlaku sebarang akad jual beli diantara Public Gold dan pembeli.

Setelah pembeli menyelesaikan semua pembayaran deposit sekuriti, maka pembeli boleh datang ke cawangan Public Gold untuk mengambil emas yang dikunci harga oleh pembeli berkenaan.

Pada waktu ini barulah dianggap pembeli menyerahkan semua deposit sekuriti sebagai bayaran belian emas dan Public Gold akan menyerahkan emas tersebut kepada pembeli.

Ketika inilah akad jual beli akan berlaku. Emas akan bertukar tangan di cawangan Public Gold dan Public Gold akan mengeluarkan resit kepada pembeli. 

Semoga penerangan ini dapat membantu bagi anda yang ingin membuat belian emas secara ansuran.

P/s: Kalau nak belajar "basic" simpanan emas dan mendapatkan panduan percuma, WhatsApp admin ditalian 016-861 5184 atau KLIK DISINI

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.