Thursday 30 November 2017

HARGA EMAS JATUH, APA NAK BUAT?

Ini salah satu soalan popular bagi rakan-rakan yang baru MULA menyimpan emas. Harga emas sentiasa turun dan naik dalam jangka masa pendek.

Namun bagi tempoh jangka masa panjang, harga emas masih kekal pada posisi MENAIK.

Graf harga emas dalam RM tempoh 5 tahun

Biasanya pelabur akan mengambil peluang untuk membuat belian emas 250 gram dan keatas ketika harga rendah seperti sekarang. Faktor spread sangat penting bagi memaksimumkan keuntungan pelabur dan bukan sekadar harga rendah semata-mata.

Nak jadi pelabur tak boleh main rasa-rasa, kena dapatkan ILMU analisis teknikal dan fundamental terlebih dahulu.

Tetapi jika anda berada pada posisi penyimpan yang fokus menambah simpanan emas #1gram1bulan melalui GAP, sila ambil peluang keemasan ini untuk mendapatkan harga purata per gram lebih rendah!

Sebagai contoh anda pernah membuat belian emas pada harga berikut:
  • 17 Ogos 2017 - RM191/gram
  • 5 September 2017 - RM198/gram
  • 14 Oktober 2017 - RM193/gram
  • 4 November 2017 - RM188/gram
  • 13 Disember 2017 - RM178/gram
Walaupun sebelum ini anda pernah membuat belian emas pada harga tertinggi RM198/gram tetapi disebabkan anda juga membuat belian ketika harga rendah RM178/gram, PURATA harga bagi 5 gram adalah RM189.60/gram.     

Inilah yang dikatakan sebagai teknik pemurataan harga.

"So lepas ni kalau harga jatuh, relax je. Kesannya pada belian kurang 10 gram belum ada UNTUNG atau RUGI selagi emas tersebut belum dijual semula!"

Jangan terkejut kalau jumpa kedai-kedai emas yang masih mengekalkan harga emas 999 pada harga RM220/gram. Sebab tu kena bijak dan celik ilmu emas baru dapat memaksimumkan keuntungan.

Sementara harga tengah cantik, baik buat belian melalui Gold Accumulation Program (GAP). Bagi yang belum memiliki akaun GAP, belian minimum adalah RM100 sahaja (dapat emas 0.5618 gram).

Pertanyaan lanjut:
Adzlan Yusuf (Star Master Dealer PG008610)
WhatsApp 016-861 5184
Harga semasa GAP RM178/gram

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.