Saturday 22 September 2012

5 Kriteria Penting Memilih Emas Fizikal Sebagai Simpanan & Pelaburan

Sekitar Seminar 14 & 16 September 2012 (Kota Kinabalu)

















"Assalamualaikum & Salam Sejahtera... Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang hadir pada Seminar Perniagaan Emas Fizikal (14 & 16 September 2012) baru-baru ini di Promenade Hotel, Kota Kinabalu. Saya doakan anda semua bertambah kaya & berjaya dengan simpanan emas fizikal".

Sekarang ni dah banyak company yang keluarkan emas fizikal. Ramai pembeli jadi confuse nak beli emas yang mana satu. Ramai juga yang tanya saya pasal syarikat lain seperti GCP, Amsyiq Gold, GSR, Sri Ayu dsb. Namun saya berasa lebih adil anda semua tanya direct Dealer2 company tersebut sebab saya takut maklumat yang saya bagi tidak tepat ataupun tak lengkap. Dealer company itu sendiri lebih layak untuk explain berbanding saya.
Saya expert tentang Public Gold (PG) dan ilmu pelaburan emas secara umum. Setakat yang saya perhatikan, emas pelaburan paling tinggi permintaan di Malaysia ialah Kijang Emas BNM, Dinar Kelantan dan Public Gold. So, saya lebih fokus kepada Public Gold sebab saya tengok Public Gold menyediakan fasiliti pelaburan emas fizikal terbaik di Malaysia.
Bagi saya, emas terbaik untuk pelaburan ialah emas yang senang dibeli, senang dijual, dan untung maksimum bila dijual! Kalau anda nak tahu sesuatu emas PELABURAN itu bagus ke tak, anda semua kena meneliti 5 kriteria penting :
  1. Harga rendah
  2. Spread (susut nilai) rendah
  3. Supply consistent
  4. Cawangan banyak
  5. Syarat jual beli tak cerewet
Kriteria #1 – Harga rendah

Cuba bandingkan harga sesebuah company dengan pengeluar emas yang lain. Paling baik mestilah harga paling rendah. Kalau untuk pelaburan, kena pastikan at least harga emas tu lebih rendah dari harga kedai emas (www.fgjam.org.my). Tapi kena hati-hati, emas yang harganya paling murah biasanya spreadnya (susut nilai) agak tinggi.
So, jangan mudah terpengaruh dengan emas murah, sebab emas murah harga jualnya pun lebih murah!
Untuk bandingkan harga, anda semua boleh semak di website company tersebut, contohnya;
Kriteria #2 – Spread (susut nilai) rendah
Cuba kira berapa peratus spreadnya. Spread akan menentukan berapa cepat kita dapat untung. Lagi rendah lagi bagus. Kena buat calculation la sikit.
  1. Formulanya, (HARGA SELL – HARGA BUY)
  2. Perbezaan harga tu, bahagikan dengan harga dia jual tadi, dan darab dengan 100.
  3. Baru kita dapat tahu berapa % spreadnya. Lagi rendah lagi bagus.
Contohnya, harga semasa 1 Dinar Public Gold (25 Mei 2012, jam 4.15 petang).
Perhatikan harga PG BUY (harga jual semula) ..
Pelabur Emas mementingkan SPREAD MARGIN yang paling rendah!
Spread 6% tu maksudnya, kalau harga emas naik 10%, pembeli 1 Dinar PG dah untung 4% (10% – 6%). Saya tengok, ada company kenakan spread 1 Dinar sehingga 15%! Uh… Kesian kepada pembeli yang tak tahu tentang spread… Maksudnya, kalau harga emas naik 10%, pembeli 1 Dinar dari company X tu masih lagi tak untung -5% (10% – 15%)!
Kriteria #3 – Supply konsisten
Anda kena make sure company tersebut boleh supply emas secara konsisten. Maksudnya, bila harga emas jatuh mendadak, kita berpeluang untuk beli pada harga rendah. Saya perhatikan, Dinar Kelantan dan Kijang Emas agak bermasalah sikit dari sudut ni. Bila harga emas jatuh mendadak, memang susah nak dapat stok! Pembeli terpaksa nganga jer lah, sedangkan itulah peluang untuk memaksimumkan keuntungan…
Bagi saya, antara kelebihan yang ada pada PG ialah bukan sekadar stok sentiasa ada tapi kita berpeluang beli mengikut REAL-TIME harga emas dunia. Setakat ni, saya tengok hanya PG jer  yang ada fasiliti lock harga beli dan harga jual mengikut real-time di Malaysia.

Katakanlah harga emas jatuh mendadak pada pukul 12.00 malam, kita boleh lock harga rendah dan bayar harga yang kita lock pukul 12.00 tu walaupun harga emas naik balik pada pukul 7.00 pagi esoknya. Ini bukan teori, tapi realiti. Kalau harga emas nak jatuh, biasanya dia jatuh waktu malam (waktu Malaysia) dan naik balik pagi esoknya. Jadi, pembeli emas PG berpeluang dapat keuntungan lebih dengan fasiliti ni.
Kriteria #4 – Cawangan banyak
Kena semak berapa banyak company tu ada cawangan. Company terbaik ialah company yang banyak cawangan supaya mudah urusan jual beli. Kalau company tak banyak cawangan, takut susah bila nak jual balik nanti.
Public Gold mempunyai cawangan di seluruh negeri di Malaysia!
  • Katakan anda membeli sekilo emas berharga RM180,000 hari ini.
  • Minggu hadapan harga jual semula (PG BUY) adalah RM200,000 anda pergi branch bawa emas dan dapat cash dalam tempoh 24 jam (bank in to your account).
Sebab itu pelabur emas yang mempunyai modal besar memilih Public Gold! Guaranteed buy back

Kriteria #5 – Syarat jual balik tak cerewet
Syarat ni pun penting. Beli, cari company yang jamin akan beli balik emas tu tanpa banyak syarat. Jika company tu tak jamin akan beli balik, jangan beli emas tu sebab nanti kita rugi 25% sebab terpaksa jual kepada kedai emas. Paling baik ialah company yang jamin akan beli balik walau apa keadaan emas tersebut sekalipun calar, kemek & bengkok.

Emas Public Gold jika calar, kemek & bengkok diterima untuk belian semula.
Emas Pamp Suisse tidak boleh dibuka "seal" & spread akan menjadi lebih tinggi.
Itulah 5 kriteria penting yang perlu dilihat sebelum membeli emas fizikal untuk tujuan PELABURAN. Kalau sekadar untuk buat koleksi, mana-mana pun ok. Selepas anda faham 5 ciri penting ini, pilih emas pelaburan yang BALANCE untuk kesemua ciri tersebut. Setakat yang saya kaji, tak ada company yang boleh score 5 bintang untuk kesemua ciri-ciri yang saya senaraikan tadi. Yang dapat the highest score setakat ni ialah Public Gold!
5 Kriteria penting : Public Gold
  • Harga Rendah (PASSED!)
  • Spread Margin Rendah (PASSED!)
  • Stok sentiasa Ada (PASSED!)
  • Cawangan di seluruh Malaysia (PASSED!)
  • Syarat Jualan Semula Tidak Cerewet (PASSED!)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.