Saturday 28 April 2012

Tips: Perbandingan Pelaburan Emas Fizikal di Malaysia


Sebenarnya di Malaysia terdapat banyak institusi perbankan dan syarikat yang menawarkan pelaburan emas fizikal yang sah. Perbezaan ketara adalah dari segi harga, susut nilai dan beberapa faktor UTAMA seperti di senaraikan di bawah:
  1. Harga emas tersebut – semakin murah harganya maka semakin baik.
  2. Ketulenan emas – sebaiknya beli emas 999.9
  3. Stok yang mudah diperoleh walaupun harga turun atau naik.
  4. Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah (spread)
  5. Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar, bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi.
Perbandingan / ComparisonTerdapat beberapa pembaca yang mahu saya catatkan sedikit analisis berkenaan untung / rugi membeli emas di kedai emas atau di tempat-tempat lain. Berikut ialah sedikit rumusan yang dapat dibuat.
Kijang Emas
Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu.
Spread 1oz (4%), 1/2oz (6%), 1/4oz (8%) (source BNM Website)
Tidak boleh lock harga.
Tidak boleh booking.
Perlu dapatkan sendiri di Maybank.
Stok sering habis.
Al-Rajhi Bank
Kiraan spread:
  1. 10 gram – 14.24%
  2. 20 gram – 12.74%
  3. 50 gram – 12.55%
  4. 100 gram – 12.08%
  5. 500 gram – 9.39%
  6. 1kg – 8.31%
  • Tidak boleh lock harga
  • Plastik tidak boleh dibuka
  • Tidak boleh calar
  • Resit mesti dibawa sekali
UOB Bank
Boleh dibeli di UOB Utama sahaja.
  1. Spread berdasarkan 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple Leaf (2%), Kinebar (2%), Pamp Gold (3.5%), Singapore Lion (2%)
  2. Perlu dapatkan sendiri di UOB office hour 9:00 pagi – 4.30 ptg
  3. Stok selalu habis
  4. Mesti bawa resit asal masa jual balik
  5. Tidak boleh buka sarung
  6. Tidak beli semula jika tercalar.
Pamp Suisse
  • Boleh dibeli di kedai emas tertentu. Kalau di Kuching ada dijual di Kedai Habib Jewel, Spring
  • Spread antara 10%-30% mengikut kedai.
  • Kalau buka sarung akan tolak harga.
  • Kalau emas minting ada workmanship cost & kalau emas casting tidak ada workmanship cost



Kuwait Finance House Gold
Kekurangan KFH Gold Account-i
  • Kualiti emas 995.0 berbanding jongkong emas lain di Malaysia yang biasanya mempunyai ketulenan 999.9 .
  • Spread RM5 segram (sederhana tinggi)
  • Cawangan yang terhad
  • Emas boleh dibeli dan dijual ketika office hour KFH sahaja (9.30 pagi – 4.30 petang)
  • Sarung plastik emas tidak boleh dibuka, tak boleh calar dan tak boleh bengkok.
  • Tak boleh digadaikan kerana emas di laminate, jadi anda tak boleh membawa emas tersebut ke Ar-Rahnu jika memerlukan wang.
  • Jika boleh digadai sekalipun akan menggunakan rate emas 950 sahaja =)
Bunga Raya
  1. Hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja.
  2. Spread 15%-25%.
  3. Buka sarung tolak harga.
Barang Kemas
  • Boleh dibeli di mana-mana kedai emas.
  • Harga tinggi berbanding pasaran.
  • Spread 20%-40%
  • Tidak di consider atau dikategorikan sebagai emas pelaburan
Public Gold, Public Dinar, Public Silver & Public Jewelleries
  • Boleh dibeli daripada mana-mana agen di seluruh Malaysia.
  • Spread 5%-6% sahaja
  • Dijamin beli balik walaupun buka sarung, kemek, calar dan sebagainya asalkan berat masih sama.
  • Boleh booking dan lock harga 24 jam.
  • Independent Assayeryang SAH di Malaysia
  • Emas 999.9 – 20g, 50g, 100g & 250gram
  • Dinar Emas – 1 Dinar, 5 Dinar & 10 Dinar
  • Jongkong Perak – 250gram, 500gram & 1 kilogram

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.