Sunday 3 May 2020

"BOLEH PERCAYA KE PUBLIC GOLD?"

Baru-baru ini saya terima pertanyaan dari WhatsApp, 

"BOLEH PERCAYA KE PUBLIC GOLD?"

Kalau terima soalan ini pada tahun 2011 mungkin masih logik tapi bila dapat pertanyaan seperti ini pada tahun 2020, saya yakin sahabat baru ini tidak pernah study atau "google" tentang Public Gold.

Saya nak tulis panjang lebar tentang sejarah penubuhan Public Gold memang tak larat, sebab syarikat telah ditubuhkan pada tahun 2008. Jika nak kaji secara mendalam saya cadangkan baca info yang telah disediakan oleh Public Gold di laman web utama syarikat DISINI

Bagi saya cukuplah dengan logik akal, bagaimana syarikat gergasi seperti Pos Malaysia Bhd. boleh menjalinkan kerjasama melalui anak syarikatnya (Pos Ar-Rahnu) dengan Public Gold. Sudah pasti Pos Malaysia telah menyiasat latar belakang Public Gold sebelum bersetuju menjalinkan kerjasama ini.

Harian Metro - 26 November 2015
Pos Ar-Rahnu juga menerima pajakan semua emas jenama Public Gold tanpa syarat-syarat yang menyusahkan pelanggan. Pengalaman saya membuat pinjaman menggunakan emas di Pos Ar-Rahnu BACA DISINI

Untuk rekod sejak beroperasi dari tahun 2008, TIDAK pernah berlaku kes Public Gold gagal menyerahkan emas fizikal setelah pembayaran dibuat oleh pelanggan. Kesemua pelanggan Public Gold akan menerima emas fizikal yang telah dibeli (selepas pembayaran penuh/selesai).

Rekod bersih ini kekal hingga sekarang!


Sijil patuh syariah bagi urusan jual beli Public Gold
Public Gold adalah satu-satunya syarikat (bukan Institusi Kewangan) jual beli emas fizikal di Malaysia yang disahkan patuh syariah. Pengesahan ini telah berjaya meningkatkan kredibiliti Public Gold dan memberikan lebih keyakinan kepada pelanggan Muslim.

Pembeli emas Public Gold boleh berjual beli dengan penuh yakin kerana individu yang mengesahkan pematuhan syariah Public Gold adalah seorang pakar syariah yang bukan sahaja disegani di Malaysia tetapi di peringkat antarabangsa. Beliau adalah Datuk Dr Mohd Daud Bakar (Executive Chairman), Amanie Advisors Sdn. Bhd. dan merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia.

Info lanjut tentang latar belakang panel syariah Public Gold boleh layari https://amanieadvisors.com/

Pengiktirafan dari The Malaysia Book Of Records
Selain itu Public adalah syarikat emas pertama di Malaysia yang mempunyai kilang dan mencetak sendiri jongkong emas (anugerah ni pada tahun 2008). Ada berpuluh lagi anugerah dan pengiktirafan yang Public Gold telah terima sehingga 2020. Kalau nak tengok semua pengiktirafan tu, KLIK DISINI

Rasanya dah cukup penjelasan tentang Public Gold (harap "link" yang disertakan dapat dibaca). Nak buat kajian wajib rajin membaca, bukan dengan percaya BERITA-BERITA PALSU.

Last sekali, rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan "SELAMAT BERPUASA".

P/s: Buat rakan-rakan baru, WhatsApp admin ditalian 016-8615184 atau KLIK DISINI untuk mendapatkan panduan percuma cara mula simpan emas dengan bajet minimum.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.