Saturday 27 April 2013

Harga Emas Jatuh?

Forbes 15 April 2013

Disaat harga emas jatuh ramai rakan-rakan yang tidak melepaskan peluang untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas fizikal.

Namun tidak terkecuali ada yang risau melihat harga emas terus jatuh. Sekiranya belian terdahulu pada harga yang tinggi jangan jual dulu emas fizikal anda. Harga emas boleh turun dan naik dalam jangka masa pendek, namun untuk jangka masa panjang saya yakin emas akan kembali naik!

Kenapa perlu beli sekarang ?
Harga emas pada ketika ini berada dalam keadaan "sideway" selepas berlaku beberapa berita besar yang mengakibatkan harga emas jatuh dengan banyak. Diantara faktor-faktor tersebut adalah :
  1. Laporan bahawa Cyprus akan menjual emas rizab sebanyak 13.9 tan
  2. Jualan panik oleh pelabur-pelabur kesan dari berbagai-bagai spekulasi diantaranya oleh Goldman Sach yang mengatakan harga emas akan terus menjunam
  3. Kelemahan data ekonomi China yang merupakan antara pembeli emas terbesar dunia.
Market Watch 10 April 2013

Agak sukar untuk harga emas kembali melonjak naik dalam masa yang singkat. Untuk itu saya akan membeli ketika harga masih berada dalam keadaan yang rendah dan akan menjual semula sekiranya telah mendapat sedikit keuntungan. 

Bagi pembeli yang menjadikan simpanan emas sebagai pelaburan jangka panjang, sekarang adalah masa terbaik untuk menambahkan stok simpanan emas fizikal anda.

Belum ada berita besar yang mampu melonjakkan harga emas pada 23 April 2013

Secara asasnya tanpa berita kuat harga emas tidak akan naik atau jatuh lebih banyak dalam masa terdekat. Jadi saya mula membuat analisa pergerakan harga emas dalam masa 10 hingga 20 hari (tempoh kejatuhan) bermula 12 April 2013.

Ini adalah peluang untuk mendapatkan keuntungan ketika paras harga emas yang tidak menentu.

Sebagai contoh - saya pernah menjual semula pada 19 September 2012




Pada 19 September 2012 saya pernah menjual semula kepada Public Gold belian emas terdahulu sebanyak RM106,807.00. Ini disebabkan pada waktu tersebut harga emas telah naik banyak dan saya telah pun mendapat keuntungan.

Resit belian semula oleh Public Gold pada 19 September 2012

Inilah kelebihan menggunakan platform Public Gold, urusan jualan semula emas fizikal kepada syarikat sangat mudah dan tiada syarat-syarat yang menyusahkan pelanggan dikenakan.

Bayaran belian semula oleh Public Gold - 20 September 2012.

Harga emas telah mengalami kejatuhan yang "luar biasa" disebabkan beberapa faktor yang telah saya sebutkan diatas. 

Pergerakan harga emas Public Gold adalah mengikut harga emas dunia dan berubah setiap 20 minit. Jadi anda berpeluang membuat belian pada harga rendah dan menjual semula pada harga tinggi.

InsyaAllah saya akan kongsikan jualan semula saya kepada Public Gold setelah harga emas kembali meroket nanti.

Harga emas membuat terjunan dibawah 1400/0z  bermula 12 April 2013

Dapatkan ebook terbaru PANDUAN PANTAS EMAS KLIK DISINI

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.