Friday 31 October 2014

PROMOSI AKHIR TAHUN 2014

Syarat-syarat belian bagi melayakkan Dealer 2014.

Syarat bagi melayakkan Dealer adalah dengan belian sebanyak RM30,000 sebelum ini. Berita baik bagi yang berminat untuk menjadi Tokey Emas, anda berpeluang menjadi Dealer Public Gold dengan belian 150g atau sekitar RM20,000 sahaja!

Apa yang anda dapat sebagai Normal Dealer?
1. Insentif sebanyak 1% bagi setiap belian peribadi.
2. Insentif sebanyak 1% jika customer membuat belian.
3. Insentif sebanyak 0.3% jika jual semula emas/perak fizikal kepada Public Gold.
4. Keuntungan Dealer, KLIK>> DISINI

Promosi bermula 1.11.2014 sehingga 30.11.2014.

P/s : Hubungi Admin ditalian 012-8309284 (WhatsApp) untuk keterangan lanjut promosi diatas. Jangan TUNGGU lagi!!!

Ingin bermula dengan bajet paling jimat 1gram Jongkong Emas ? KLIK>> DISINI

Friday 24 October 2014

5 KRITERIA PENTING PEMILIHAN EMAS FIZIKAL

Sekarang ni dah banyak syarikat yang keluarkan emas fizikal. Ramai pembeli jadi keliru nak beli emas yang mana satu dan ada juga yang bertanya tentang syarikat lain seperti GCP, Amsyiq Gold, GSR, Sri Ayu dan banyak lagi. Saya berasa lebih adil anda semua tanya terus kepada dealer syarikat tersebut sebab saya takut maklumat yang saya bagi tidak tepat ataupun tak lengkap. Dealer syarikat itu sendiri lebih layak untuk terangkan berbanding saya.
Saya fokus tentang Public Gold (PG) dan ilmu pelaburan emas secara umum. Setakat yang saya perhatikan, emas pelaburan paling tinggi permintaan di Malaysia ialah Kijang Emas BNM dan Public Gold. Saya lebih fokus kepada Public Gold kerana menyediakan fasiliti pelaburan emas fizikal terbaik di Malaysia sejak 2008. Bagi saya emas terbaik untuk pelaburan ialah emas yang senang dibeli, senang dijual, dan untung maksimum bila dijual! 
Sebelum membuat belian emas bagi tujuan pelaburan, anda WAJIB tahu 5 kriteria penting:
  1. Harga Rendah
  2. Spread Rendah
  3. Stok Banyak
  4. Cawangan Banyak
  5. Syarat Jual Beli Mudah
Kriteria #1 – Harga Rendah

Cuba bandingkan harga sesebuah syarikat dengan pengeluar emas yang lain. Paling baik mestilah harga paling rendah. Kalau untuk pelaburan, kena pastikan harga emas tu lebih rendah dari harga kedai emas (www.fgjam.org.my). Tapi kena hati-hati, emas yang harganya paling murah biasanya spreadnya (susut nilai) agak tinggi.
Jangan mudah terpengaruh dengan emas murah, sebab emas murah harga jualnya pun lebih murah! Anda boleh semak harga di website syarikat emas tersebut untuk perbandingan harga.
Kriteria #2 – Spread Rendah
Spread akan menentukan berapa cepat kita dapat untung. Lagi rendah lagi bagus. Kena buat calculation la sikit.
  1. Formulanya (HARGA SELL – HARGA BUY).
  2. Perbezaan harga tu, bahagikan dengan harga dia jual tadi, dan darab dengan 100.
  3. Baru kita dapat tahu berapa % spreadnya
Contoh harga semasa 1 Dinar Public Gold (25 Mei 2012, jam 4.15 petang).
Perhatikan harga PG BUY (harga jual semula)
Pelabur Emas mementingkan SPREAD MARGIN yang paling rendah!
Spread 6% tu maksudnya, kalau harga emas naik 10%, pembeli 1 Dinar PG dah untung 4% (10% – 6%). Ada syarikat kenakan spread 1 Dinar sehingga 15%! Uh… Kesian kepada pembeli yang tak tahu tentang spread… Maksudnya, kalau harga emas naik 10%, pembeli 1 Dinar dari syarikat X tu masih lagi tak untung -5% (10% – 15%)!
Kriteria #3 – Stok Banyak
Anda kena pastikan syarikat tersebut boleh supply emas secara konsisten. Maksudnya, bila harga emas jatuh mendadak, kita berpeluang untuk beli pada harga rendah. Saya perhatikan banyak syarikat dan kedai emas agak bermasalah dari sudut ini. Bila harga emas jatuh mendadak, memang susah nak dapat stok sedangkan itulah peluang untuk memaksimumkan keuntungan.
Bagi saya, antara kelebihan yang ada pada Public Gold ialah bukan sekadar stok sentiasa ada tapi kita berpeluang beli mengikut REAL-TIME harga emas dunia. Setakat ni, saya perhatikan hanya Public Gold yang ada fasiliti lock harga beli dan harga jual mengikut real-time di Malaysia.

Katakanlah harga emas jatuh mendadak pada pukul 12.00 malam, kita boleh lock harga rendah dan bayar harga yang kita lock tu walaupun harga emas naik balik pada pukul 7.00 pagi esoknya. Ini bukan teori, tapi realiti. Kalau harga emas nak jatuh, biasanya dia jatuh waktu malam (waktu Malaysia) dan naik balik pagi esoknya. Jadi pembeli emas Public Gold berpeluang mendapat keuntungan lebih dengan fasiliti ni.
Kriteria #4 – Cawangan Banyak
Kena semak berapa banyak syarikat tu ada cawangan. Syarikat terbaik ialah syarikat yang banyak cawangan supaya mudah urusan jual beli. Kalau syarikat tak banyak cawangan, susah bila nak jual semula nanti.
Public Gold mempunyai cawangan di seluruh Malaysia!
  • Katakan anda membeli sekilo emas berharga RM180,000 hari ini.
  • Contoh bulan depan harga jual semula (PG BUY) adalah RM200,000 anda hanya perlu bawa emas tersebut ke cawangan Public Gold untuk jualan semula.
Sebab itu pelabur emas yang mempunyai modal besar memilih Public Gold. Guaranteed buy back!

Kriteria #5 – Syarat Jual Beli Mudah
Syarat ni pun penting. Beli dari syarikat yang jamin akan beli balik emas tu tanpa banyak syarat. Jika syarikat tak jamin beli balik, jangan beli emas tu sebab nanti kita akan rugi (bermula dari 30% atau mungkin rugi lebih banyak). Paling baik ialah syarikat yang jamin akan beli balik walau apa keadaan emas tersebut sekalipun calar, kemek dan bengkok.

Emas Public Gold jika calar, kemek dan bengkok diterima untuk jualan semula
Selepas anda faham 5 kriteria penting ini, pilih emas pelaburan yang BALANCE untuk kesemua ciri-ciri tersebut. Setakat yang telah saya kaji, tak ada syarikat boleh score 5 bintang untuk kesemua ciri-ciri yang saya senaraikan tadi. The highest score setakat ni ialah Public Gold!
  • Harga Rendah (PASSED!)
  • Spread Margin Rendah (PASSED!)
  • Stok Sentiasa Ada (PASSED!)
  • Cawangan Di Seluruh Malaysia (PASSED!)
  • Syarat Jualan Semula Mudah (PASSED!)
Nak belajar BISNES EMAS MODAL KECIL? [KLIK DISINI]