Sunday 14 February 2016

HARGA EMAS NAIK!

Jika anda membuat belian emas fizikal pada awal Januari 2016 & ingin menjual semula emas tersebut hari ini adakah anda telah mendapatkan keuntungan?
Jika YA, anda telah memilih emas fizikal (jenama) yang betul. Jika TIDAK, anda perlu lebih bijak sebelum membuat belian selepas ini. Pilih emas fizikal yang akan menguntungkan anda & bukan hanya menguntungkan "penjual" semata-mata!

Apa yang anda perlu tahu sebelum membuat belian emas fizikal?
First sekali anda kena tahu dimanakah posisi anda. Sehingga hari ini masih ramai yang tidak tahu dimanakah posisi diri sendiri walaupun telah lama membuat belian emas fizikal. Saya akan terangkan kepada anda menggunakan ayat ringkas & mudah difahami bagaimana mendapatkan keuntungan melalui belian emas fizikal. TIGA posisi utama perlu difahami terlebih dahulu sebelum membuat belian:

1. Penyimpan
Penyimpan emas hanya fokus kepada jumlah gram simpanan. Semakin banyak simpanan emas, penyimpan semakin "happy". Turun naik harga emas tidak akan menganggu emosi penyimpan kerana mereka telah meletakkan target simpanan sebagai harta, untuk menunaikan haji, pendidikan anak-anak & banyak lagi (bergantung kepada anda sendiri). Tempoh sasaran keuntungan adalah jangka masa panjang.

2. Pelabur
Perlu bersedia dengan ilmu analisis teknikal harga emas. Menjadi pelabur bukan hanya sekadar "buy low, sell high", tetapi anda perlu yakin dengan tindakan yang dibuat. Jika puas hati dengan keuntungan semasa, jual belian terdahulu & fokus pada belian baru. Pelabur tidak boleh hanya beli sekali & jual sekali, pelabur perlu beli banyak kali & jual banyak kali untuk memaksimumkan keuntungan.

3. Peniaga
Peniaga perlu fokus pada jualan & tidak perlu risau tentang turun naik harga. Ketika harga emas turun atau naik, peniaga tetap masih boleh membuat keuntungan melalui komisyen jualan ataupun belian "buy back". Peniaga juga boleh berada pada posisi penyimpan & pelabur dalam masa yang sama - Inilah kelebihan jika berada pada posisi peniaga!

Belian jongkong emas 250g pada 10 Disember 2014
Contoh diatas adalah belian emas fizikal 250 gram oleh admin sendiri pada 10 Disember 2014. Jika dijual pada hari ini, keuntungan keseluruhan adalah sekitar RM9,000. Tempoh jongkong emas tersebut didalam simpanan admin adalah lebih kurang 14 bulan! Baca artikel ini sampai habis jika ingin mengetahui cara pengiraan keuntungan.

Nota : Keuntungan diatas adalah pada posisi penyimpan. Penyimpan bebas menjual semula emas simpanan pada bila-bila masa.

Harga emas Public Gold dikemaskini setiap 20 minit.

Bagaimana cara mengira keuntungan diatas?
Contoh kiraan keuntungan adalah merujuk kepada insentif Master Dealer:
Belian 250g pada 2 Januari 2016 : RM38,599 + Gold Premium RM80
Harga belian = RM38,679
Insentif belian = RM38,679 X 2% = RM773.58 (Untung A)

Jika admin membuat jualan semula kepada Public Gold:
Harga jualan semula 12/2/2016 (PG Buy) - Harga belian 2/1/2016
RM41,873 -  RM38,679
= RM3194 (Untung B)

Bagi setiap jualan semula kepada Public Gold admin akan dibayar sebanyak 0.3%:
RM41,873 X 0.3% = RM125.60 (Untung C)

Untung A+B+C = RM4,093.18 (Keuntungan jual semula kepada Public Gold)

Nota : Keuntungan ini boleh diperolehi walaupun admin tidak mempunyai pelanggan. Ini dinamakan keuntungan pada posisi pelabur.

----------------------------------------

Keuntungan jika jual kepada pelanggan.
Contoh kiraan keuntungan adalah merujuk kepada insentif Master Dealer:
Belian 250g pada 2 Januari 2016 : RM38,599 + Gold Premium RM80
Harga belian = RM38,679
Insentif belian = RM38,679 X 2% = RM773.58 (Untung A)

Jika ada pelanggan yang ingin membeli emas pada 12 Februari 2016, admin akan menjual kepada pelanggan merujuk kepada harga PG Sell:
Harga jualan 12/2/2016 (PG Sell RM44,077 + Gold Premium RM80) - Harga belian 2/1/2016:
RM44,157 - RM38,679 = RM5478 (Untung B)

Untung A+B = RM6251.58 (Keuntungan jual kepada pelanggan)

Nota : Keuntungan ini boleh diperolehi sekiranya admin mempunyai pelanggan & posisi keuntungan ini adalah kepada peniaga emas atau Dealer.

Kesimpulan :
  1. Dengan adanya ilmu analisis teknikal harga emas, anda boleh memperolehi profit sehingga 11% dalam tempoh 41 hari seperti contoh diatas.
  2. Pemilihan emas fizikal yang mempunyai spread terendah adalah sangat penting.
  3. Pastikan jenama emas fizikal pilihan bukan sahaja mudah dibeli, tetapi mudah dijual semula tanpa syarat-syarat yang menyusahkan anda!

P/s : SEMINAR PERCUMA EMAS akan diadakan di Public Gold Kota Kinabalu pada 20/02/2016 bermula 1030am - 1230pmSeminar ini adalah 100% percuma. Namun begitu anda perlu mendaftar terlebih dahulu untuk mengetahui status kekosongan tempat. Sila WhatsApp => NAMA PENUH anda & hantar ke 016-8615184. 

Contoh WhatsApp : NIKI LAUDA, Seminar Kota Kinabalu 20/02/2016

Pertanyaan lanjut hubungi admin:
Muhamad Adzlan (Master Dealer PG008610)
016-8615184