Saturday 9 June 2012

SEMINAR PELUANG PERNIAGAAN / PELABURAN EMAS (WILAYAH BORNEO) BERSAMA PUBLIC GOLD

Bagaimana cara utk hadir ke seminar ini?
Seminar ini adalah PERCUMA.
Tetapi sebelum datang kena register @ mendaftar tempat terlebih dahulu.
Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya : 0168615184 butiran-butiran berikut
1. Taipkan SEMINAR: Nama penuh
2. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda
Contoh SMS:
SEMINAR: Ahmad bin Abu, Kota Kinabalu
Jika hendak register lebih dari 1 tempat duduk, hantar SMS seperti ini:
SEMINAR: tempah 4 seat, 1. Ahmad bin Abu, 2. Halimah Ayob, 3. Halim Ahalim@yahoo.com , 4. Linda Onn, 12/05/2012. Kota Kinabalu
Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak (biasanya dalam tempoh 24 jam saya akan reply, bukannya serta merta. Harap maklum).
Apa faedah datang ke seminar ini?

General Manager, Public Dinar (Public Gold Int. Berhad) En. Syukor Hashim


















First sekali, seminar ini adalah lebih kepada education mengenai pelaburan emas. Kebanyakan peserta seminar ini mengakui bahawa mereka tidak pernah terfikir tentang keuntungan lumayan apabila menyimpan emas, apatah lagi melihat teknik-teknik manipulasi harga emas bagi mendapat lebih keuntungan. Kemudian baru beliau bercerita tentang keuntungan berniaga emas. Jadi, kalau anda ingin tahu selok belok pelaburan emas maka anda wajib hadir seminar ini!!!

Tarikh
Masa
Tajuk
Negeri
Tempat

Jumaat
29/06/2012

8.30 PM – 10.30 PM
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold

Negara Brunei

Orchid Garden Hotel.

Sabtu
30/06/2012

8.30 PM- 10.30 PM
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold

Sabah

Promenade Hotel, Bilik Seminar Tingkat 1, Kota Kinabalu.

Wednesday 6 June 2012

Mulakan Tindakan - Bermula Dengan 1 Dinar & 10 Dirham


Mr. A : Salam. Saya dah lama ikuti perkembangan blog En. Adzlan. Sangat berminat nak jadi Dealer, tapi sampai sekarang modal tak cukup lagi.

Admin : Tak perlu jadi Dealer dulu. Beli ikut kemampuan. Sebagai contoh beli items yang mampu milik seperti 1 Dinar & 10 Dirham.

Mr. A : Boleh tak saya test beli 1 Dinar dulu? Lock harga sekarang RM735.

Admin : Boleh. Saya terima lock RM735 + kos pengangkutan RM10, Total = RM745.


Alhamdulillah... Semakin hari semakin ramai yang celik Emas. Dari pelanggan yang beli bermula 10 Dirham sehinggalah ke Beratus Ribu Ringgit. Itulah pengalaman saya menjadi Peniaga Emas secara "part time" di Sabah. Misi saya menyedarkan masyarakat untuk menyimpan “Aset” kalis inflasi ini semakin menampakkan hasil.

Hari ini saya nak kongsikan tips mudah menukarkan tabungan syiling anda kepada aset supaya anda lebih cepat memaksimakan keuntungan. Pernah tak anda terfikir kemana perginya syiling baki perbelanjaan anda setiap hari? Contohnya seperti :

1.       Baki wang (dalam bentuk syiling) selepas beli susu anak.
2.       Baki selepas beli keperluan dapur.
3.       Baki selepas settlekan bil2 rumah ; air, elektrik, astro & lain2.
4.       Baki selepas belanja kwn2 minum kopi.
5.       Banyak lagi lah kan...

Secara puratanya, hampir setiap hari baki perbelanjaan saya dalam bentuk syiling adalah sekitar RM5/sehari. Jika sebulan (30 Hari X RM5= RM150). Hari ini saya taknak karang ayat panjang2. Kita guna kaedah simple matematik & anda sendirilah ubah cara mengikut kesesuaian masing2.

So, kalau RM150/sebulan dah cukup untuk beli 10 Dirham. Apa yang best sangat beli 10 Dirham? Contoh paling mudah jika anda tidak tukarkan simpanan anda kedalam bentuk Emas & Perak Fizikal jumlahnya akan tetap sama tetapi nilai (kuasa beli) menurun. Lebih teruk lagi jika anda biarkan nilai (wang kertas/syiling) tanpa ditukarkan/dilaburkan untuk menambahkan aset. Yang anda dapat hanyalah (wang kertas) dimakan inflasi & tiada kenaikan nilai. Jumlahnya tetap sama!

Apa akan jadi jika anda tukarkan kedalam bentuk Emas & Perak Fizikal? Anda buatlah kira2 sendiri. Secara purata harga Emas naik sekitar 20%-30% setahun & pada tahun 2011 pernah mencatatkan kenaikan sehingga 40% sebelum harga turun semula. Kenaikan harga Perak pula lebih dahsyat pernah mencatatkan kenaikan sehingga 85% dalam masa 3 bulan pada tahun 2011.

Kenaikan Harga Emas (Tahun 2000-2012)

Kenaikan Harga Perak (Tahun 2000-2012)
Harga Perak mencatatkan kenaikan sebanyak 85% dalam masa 3 bulan pada 2011 (28/1/11-28/4/11)

Kesimpulan
Menyimpan aset dalam bentuk Emas & Perak Fizikal adalah Pelaburan jangka masa panjang & sederhana. Jika anda ingin mendapatkan keuntungan untuk jangka masa pendek anda kena jadi Peniaga Emas. Nak belajar jadi Peniaga Emas takde masalah hubungi saya ditalian 016-8615184.

Jumpa lagi!

Sunday 3 June 2012

Big Majority Of Survey Participants See Higher Gold Prices Next Week

Friday June 1, 2012 12:03 PM
A worldwide slowdown in economic growth could lead to new rounds of stimulus from the various central banks and that has most participants in the weekly Kitco News Gold Survey forecasting higher prices for the yellow metal next week.
In the Kitco News Gold Survey, out of 33 participants, 22 responded this week. Of those 22 participants, 20 see prices up, while two see prices down, and zero are neutral. Market participants include bullion dealers, investment banks, futures traders, money managers and technical-chart analysts.
Many participants said the shakiness in the outlook for the global economy will ramp up expectations for some sort of quantitative easing from the Federal Reserve or other central banks. The Federal Open Market Committee, the monetary-policy arm of the Fed, meets at the end of June.
Frank Lesh, broker and futures analyst at FuturePath Trading, summed it up this way. “Gold has established a trading low the past several weeks, although that was only confirmed after this morning’s trade. Gold sees QE coming from the Fed and the ECB (European Central Bank) and traders now have a reason to be long again, and to cover the short positions that have been building for the past few months. Significant resistance will be around $1,655 and the market will have to close through that level to turn up on the charts. We should expect to see that level tested (really) soon so I look for gold to be higher next week,” Lesh said.
Phil Streible, senior commodities broker at RJO Futures, also said the drop in U.S. Treasury yields to record lows could push investors to gold as they seek value.
Those who see weakness in gold said the problems in Europe are likely to fester and that could eventually weigh on the metal, as it has in the past.
There were no netural views on gold for this week.
Kitco Gold Survey
By Debbie Carlson of Kitco News; dcarlson@kitco.com

50 FAKTA MENGENAI EMAS


1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.

2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum).

3.  Nombor atom untuk emas adalah 79.

4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod.

5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial.

6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.

7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi

8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia.

9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat).

10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.

11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.

12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.

13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian.

14. Emas digunakan ia tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik.

15. Emas adalah logam peralihan.

16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.

17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.

18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.

19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.

20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi  hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.

21. 1 Ounce (28.35grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m).

22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent.

23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain.

24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.

25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.

26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red.

27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat.

28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.

29. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.

30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg.

31. Warna emas tulen adalah kuning metalic.

32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.
images 51 50 fakta tentang emas
Cesium, 55
33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)

34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak),

35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya.

36.Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai  wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.

37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannya tidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia.

38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.

39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.

40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.

41. Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.

42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang  telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.

43. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999.

44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.

45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)

46. Emas tulen diukur sebagai 24karat (k)

47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22 karat (916).

48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.

49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, Britisj Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.

50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.

Friday 1 June 2012

DIMANA NAK MELABUR?

Jika anda adalah pengikut setia blog saya dari awal pembabitan dalam dunia Emas Fizikal, ini hanyalah topik ulangan. Sengaja kasi refresh untuk rakan2 baru agar agar membuat pilihan yang lebih tepat dalam apa2 jenis pelaburan. Utk sesi ini, saya kongsikan maklumat yang saya tahu berdasarkan pengetahuan tak seberapa saya yang suka ambik tahu pasal pelaburan.

1) Labur Dalam Bank.
Ni pun kira melabur, paling senang, duit gaji anda guna ada balance biar jer dalam bank. Ulang setiap bulan. Akan dapat dividen, dividen bergantung kepada bank tapi dividen dia adalah sangat kurang. Tak lebih 3% jer roughly. No wonder Bank boleh offer, BLR – 2.xx untuk loan rumah. Dividen rendah, tak payah labur kat bank laaa.

2) Labur Dalam Koperasi
Macam2 koperasi ada (polis, tentera, felda, guru, telekom, pos dsb) problemnya tak semua orang boleh selamba2 masuk, contohnya hanya polis boleh masuk koperasi polis. Setahu saya koperasi yang bagi return tinggi ialah koperasi felda dan off course koperasi bank rakyat dgn dividen 15%. Kalau layak jadi ahli untuk koperasi yang ada track record pulangan dividen above 8%, bolehlah melabur dalam koperasi. Lagi advantage boleh buat potongan gaji dan koperasi menawarkan pinjaman dengan kadar interest yang rendah.

3) Simpan Dalam Tabung Haji
Ni pun bagus, selain boleh dapat queue untuk pergi haji, pulangan tabung haji adalah konsisten above 6%. What’s more, tak payah nak risau pasal zakat kerana Tabung haji dah bayarkan zakat. Kira OK juga ni...

4) Labur dalam ASB dan produk PNB (ASW, ASN, AS 1Malaysia)
ASB mempunyai rekod pulangan paling tinggi iaitu lebih 7% setahun, ASW pun tinggi dan konsisten jugak. ASN dan AS1 Malaysia turut beri pulangan yang competitf. Kelebihan ASB dan ASW ni ialah ia boleh dibuat Overdrat (OD). Dengan kemudahan OD ini, saya sangat galakkan (sebab saya sendiri kalau ada duit lebih simpan jer kt ASB) untuk korang melabur dalam ASB sampai penuh kuota 200k pastu baru simpan dalam ASW pulak.

5) Labur Dalam Unit Trust
Yang ni anda bagi duit kepada syarikat pengurus dana kewanga (mcm public mutual, pru fund mgmt, cimb wealth advisor), syarikat akan uruskan dengan berberapa peratus charge (biasanya 5.5%) dari nilai yang anda serahkan. Katakan anda simpan rm100k, pihak unit trust akan ambik 5.5k dan hanya 94.5k sahaja yang akan dilaburkan.

Kalau ikutkan agen2 unit trust, nak nampak pulangan invest dalam unit trust kene peram 3 ke 5 tahun. Obviously simpan 1 tahun for sure rugi. Actually even after 3-5 year pun belum tentu pulangan dia banyak. Tengok nasib laa jugak, kalau fund yang anda labur duit anda tu perform ok la. Rata2 bila saya tanya rakan sekeliling yang pernah invest unit trust, rata2 kata tak berbaloi dan merugikan .

6) Simpan Dalam Bentuk Emas – Ada 2 PILIHAN:
i) Buka buku simpanan emas mcm gold investment account, Maybank, Public Bank atau Kuwait Finance House.

ii) Emas Fizikal - seperti barang kemas (emas perhiasan), jongkong emas atau dinar. Contoh yang saya boleh bagi adalah seperti Dinar Kelantan or Emas keluaran "Public Gold". Konsep dia ada harga jualan ada harga belian. Beza harga jualan dgn harga belian sekitar 6%. Katakan harga belian 1 gram RM100, harga jualan ialah RM106. Kalau beli hari ni esok jual pun rugi, anda beli kt Public Gold harga RM106, esok anda jual balik, Public Gold akan beli dgn harga rm100. Rugikan? Macam kita sedia tahu, emas walaupan ada turun naik tapi in the long run harga dia likely akan naik. Nak buat profit kene tunggu laa harga naik.

Contoh beli pada 1 JAN 2010, harga jualan RM106
Jual pada public gold 31 DEC 2010, harga belian ialahRM130,
Kira untung RM130 – 106/106 = 24.5% Tengok harga emas jugak. Disadvantage, Takde compound interest. Emas kekal pada 1 gram dan harap pada kenaikan harga emas itu sendiri. Tapi certain pelaburan emas (seperti Public Gold) ada diberi peluang untuk jadi Dealer yang mana anda boleh dapat komisyen 1-2% dari harga emas yang anda jual. Memandankangkan saya sendiri Dealer Public Gold so saya sendiri dah rasa keuntungannya macam mana (paling penting saya nak keuntungan yang konsisten & berpanjangan) bukan untung lumayan 2-3 bulan lepas tu gulung tikar.
Beli Emas dapat Emas. Bukan dapat kertas atau dividen bulan2 :)

7) Hartanah
This is what I favour the most. Robert Kiyosaki, Donald Trump, Milan Doshi ngan Azizi Ali pun recommend untuk invest dalam property. Property ni termasuk rumah kediaman, shop lot, kilang, resort atau homestay. Dapat keuntungan melalui sewa bulanan, normally giving the right location, harga rumah akan naik dan boleh buat untung bila jual rumah tu.

Nak invest dalam property modal kena modal banyak, itu yang paling utama, lokasi pilihan juga perlu tepat. Dalam memilih lokasi mmg kena trust judgement sendiri, kalau ikut agen jual rumah or agen rumah lelong, likely semua lokasi bagus. Bagus jugak tanya judgement orang yang tak ada kepentingan.  Even beli rumah untuk duduk sendiri merupakan satu investment, harga rumah akan terus naik, kalau lambat beli, dah waste duit bayar sewa dan bila dah beli, harga makin tinggi dan lokasi makin jauh. Nak beli property saya suggest simpan sebanyak mungkin dalam ASB, dah cukup baru buat OD, barulah guna duit tu utk beli.

Satu perkara lagi, kalau beli property untuk orang yang tak berapa kaya mesti berhutang, kalau berhutang tu mesti dia tengok gaji bulanan kita. Disitu pentingnya active income yang strong. Risiko property tetap ada, kena tahu cara nak minimize risiko, rajin2 membaca dan bertanya

8) Saham
Yang pertama, beli saham beberapa lot, pegang, tiap2 tahun ambik dividen. Dividen ni depend ikut prestasi syarikat, kadang2 ada company yang bagi 2 tahun sekali. Yang kedua main jual beli, Konsep dia beli time rendah dan jual pada harga tinggi, memang kena sentiasa alert dgn sentiment harga nak naik, harga nak turun. Kes pertama, pulangan ikut prestasi syarikat, kalau ok, oklah. Yang kedua, lebih kepada knowledge masa harga turun naik, timing and luck pun penting.

Saham ni high risk high return, kalau takdak ilmu, kalau takder sifu guide, janganlah cuba. Lagi satu, duit perlu banyak jugak untuk bermula. Dan bila dh mula kena  laa ready untuk loss the money kalau rugi, tapi kerugian tu akan berguna sebagai pengajaran

9) CPO – Crude Palm Oil
Saya tak buat lagi, so tak boleh nak cerita.

10) Forex
Saya dalam kategori orang2 yang tewas buat benda ni. Ada orang yang boleh berjaya buat Forex. BANK NEGARA tidak pernah approve FOREX. Semua kegiatan FOREX berlaku diluar negara... untuk kes saya...saya selalu bank-in duit guna Western Union, CIMB.  Then TT kat Hong Kong. Mungkin sebab cara promote forex tu kata boleh untung banyak (macam scam jer bunyinyer) dan kisah yang saya dengar ramai gak yang rugi. Macam biasa, high risk, high return.

11) Bisnes
Ada duit cukup try meniaga ;  meniaga kain, meniaga burger. Contoh burger, modal RM1.50, bleh jual RM2.50, untung 67% kan? Sini kuantiti jadi sandaran. untung 67% tapi terjual cuma sebijik burger pun tak guna jugak. Rappo baik dgn pelanggan, burger sedap, bleh jual 1 ratus burger sehari, dah boleh untung rm100. kalau bisnes 20 hari, tak ker dapat RM2k tu.

12) Beli Tanah
Beli tanah dan buat project, kalau beli tanah peram jer, likely akan merugikan. Project, project ,project - jadikan tanah kediaman ke, perladangan ke, komersial ker. Saya tak aktif lagi buat benda ni. Kena selalu tanya abang saya “Najib Yusuf” coz dia banyak tanah. Ehem2..

13) Invest Dalam Insuran
Last but not least, different league sebenarnya, tapi kita still pasal simpan duit kat sesuatu tempat. For the first 7 year premium bulanan kita akan terbahagi kepada 2 akaun which is akaun kalau apa2 terjadi lagi satu akaun simpanan. Likely memang kalau kira pulangan at the end, memang compounding interest is less than 1% annual (seingat aku la coz aku pernah mintak seorang agent simulate kat aku). Tapi, bukan itu matlamat insuran, it’s a protection, kalau anda mati atau  lumpuh, insuran bayar sedebuk kat anda. Nak tahu lebih lanjut atau ambil insuran, kontek la pejabat-pejabat insuran yang terdekat.

14) Skim Cepat Kaya
Lastly, jangan masuk skim cepat kaya ataupun penipuan (font menyerlah dan bold maknanya sangat penting). Paling senang nak detect, janji pulangan lebih 15% sebulan dan orang yang promote bagai nak gila punya promote. Skim2 ternakan ker perladangan jenis ambik duit tolong usahakan pun jenis menipu. Kandang takder ladang takder, yang ader duit korang utk dibawak lari. Kalau nak ternak udang, sendiri beli tanah, sendiri ternak sendiri jual, kalau nak usahakan sawit, beli tanah, tanam sawit, sendiri jual sawit tu. Cukup2la kena tipu. Takder jalan pintas nak kaya.

Sekian, sila tambah kalau ada terkurang, sila betulkan jika saya tersilap. HAPPY INVESTING :))