Wednesday 6 June 2012

Mulakan Tindakan - Bermula Dengan 1 Dinar & 10 Dirham


Mr. A : Salam. Saya dah lama ikuti perkembangan blog En. Adzlan. Sangat berminat nak jadi Dealer, tapi sampai sekarang modal tak cukup lagi.

Admin : Tak perlu jadi Dealer dulu. Beli ikut kemampuan. Sebagai contoh beli items yang mampu milik seperti 1 Dinar & 10 Dirham.

Mr. A : Boleh tak saya test beli 1 Dinar dulu? Lock harga sekarang RM735.

Admin : Boleh. Saya terima lock RM735 + kos pengangkutan RM10, Total = RM745.


Alhamdulillah... Semakin hari semakin ramai yang celik Emas. Dari pelanggan yang beli bermula 10 Dirham sehinggalah ke Beratus Ribu Ringgit. Itulah pengalaman saya menjadi Peniaga Emas secara "part time" di Sabah. Misi saya menyedarkan masyarakat untuk menyimpan “Aset” kalis inflasi ini semakin menampakkan hasil.

Hari ini saya nak kongsikan tips mudah menukarkan tabungan syiling anda kepada aset supaya anda lebih cepat memaksimakan keuntungan. Pernah tak anda terfikir kemana perginya syiling baki perbelanjaan anda setiap hari? Contohnya seperti :

1.       Baki wang (dalam bentuk syiling) selepas beli susu anak.
2.       Baki selepas beli keperluan dapur.
3.       Baki selepas settlekan bil2 rumah ; air, elektrik, astro & lain2.
4.       Baki selepas belanja kwn2 minum kopi.
5.       Banyak lagi lah kan...

Secara puratanya, hampir setiap hari baki perbelanjaan saya dalam bentuk syiling adalah sekitar RM5/sehari. Jika sebulan (30 Hari X RM5= RM150). Hari ini saya taknak karang ayat panjang2. Kita guna kaedah simple matematik & anda sendirilah ubah cara mengikut kesesuaian masing2.

So, kalau RM150/sebulan dah cukup untuk beli 10 Dirham. Apa yang best sangat beli 10 Dirham? Contoh paling mudah jika anda tidak tukarkan simpanan anda kedalam bentuk Emas & Perak Fizikal jumlahnya akan tetap sama tetapi nilai (kuasa beli) menurun. Lebih teruk lagi jika anda biarkan nilai (wang kertas/syiling) tanpa ditukarkan/dilaburkan untuk menambahkan aset. Yang anda dapat hanyalah (wang kertas) dimakan inflasi & tiada kenaikan nilai. Jumlahnya tetap sama!

Apa akan jadi jika anda tukarkan kedalam bentuk Emas & Perak Fizikal? Anda buatlah kira2 sendiri. Secara purata harga Emas naik sekitar 20%-30% setahun & pada tahun 2011 pernah mencatatkan kenaikan sehingga 40% sebelum harga turun semula. Kenaikan harga Perak pula lebih dahsyat pernah mencatatkan kenaikan sehingga 85% dalam masa 3 bulan pada tahun 2011.

Kenaikan Harga Emas (Tahun 2000-2012)

Kenaikan Harga Perak (Tahun 2000-2012)
Harga Perak mencatatkan kenaikan sebanyak 85% dalam masa 3 bulan pada 2011 (28/1/11-28/4/11)

Kesimpulan
Menyimpan aset dalam bentuk Emas & Perak Fizikal adalah Pelaburan jangka masa panjang & sederhana. Jika anda ingin mendapatkan keuntungan untuk jangka masa pendek anda kena jadi Peniaga Emas. Nak belajar jadi Peniaga Emas takde masalah hubungi saya ditalian 016-8615184.

Jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.