Sunday 28 July 2013

Ebook "FREE" (10 Hari Terakhir Ramadan 1434H)

Alhamdulillah, tak terasa sudah 19 hari kita menunaikan Ibadah Puasa. Semoga Allah panjangkan umur kita agar dapat meningkatkan amal ibadat & bertemu lagi dengan Ramadan tahun depan, Insya Allah.

Sempena 10 hari terakhir Ramadan ini, Admin nak sedekahkan ILMU yang tak seberapa kepada semua pembaca setia blog Kerajaan Emas. Hadiah tersebut berupa ebook Teknik Asas Simpanan, Pelaburan & Perniagaan Emas Fizikal.
Ebook Teknik Asas Simpanan, Pelaburan & Perniagaan Emas Fizikal (Ver. 2)
Macam mana nak dapatkan ebook "FREE" ni?
SMS/WhatsApp/WeChat ke 012-8309284. Taipkan Ebook FREE & alamat e-mel anda. Selepas itu dalam tempoh 24jam Admin akan menghantar ebook tersebut (bukan serta merta). 

Mudahkan? jadi jangan tunggu lagi & SMS sekarang. Jangan lupa promosi menjadi Dealer Public Gold dengan belian 25 Dinar bakal berakhir 31 Julai 2013. Daftar SEGERA!!


Tuesday 9 July 2013

Harga Emas Jatuh Lagi ? Buat Belian & Selamat Berpuasa =)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua =)

Pada 2 Julai 2013 Saya telah dijemput oleh Pusat Latihan Kecemerlangan Koperasi (PULAKOP) Kinarut, Sabah untuk berkongsi Ilmu berkenaan Pelaburan & Perniagaan Emas Fizikal. Saya sangat gembira apabila dapat berkongsi sesuatu yang baru terutamanya kepada peserta-peserta yang hampir kesemuanya adalah Usahawan.

Pusat Latihan Kecemerlangan Koperasi (PULAKOP), Kinarut Sabah.
Berdasarkan respon daripada peserta-peserta, saya mendapati masih ramai yang tidak menyedari bagaimana kenaikan harga emas dalam tempoh jangka masa panjang - akan memberikan keuntungan yang sangat banyak kepada penyimpan & juga pelabur. Namun begitu kriteria-kriteria penting pemilihan emas fizikal seperti harga, spread, ketulenan & faktor-faktor penting yang lain wajib diketahui terlebih dahulu. 

Selain itu saya turut berkongsi tips-tips bagaimana mengelakkan diri dari terjebak dengan skim cepat kaya, mendapat keuntungan dalam keadaan harga emas yang sangat rendah seperti sekarang serta faktor-faktor yang boleh mempengaruhi kenaikan & penurunan harga emas dunia.


Alhamdulillah selepas selesai seminar, ada diantara peserta yang terus memulakan simpanan Emas Fizikal & apa yang lebih menggembirakan apabila beberapa peserta terus mendaftar sebagai Agen/Dealer Public Gold. TAHNIAH kepada peserta-peserta yang telah membuat keputusan bijak disaat harga emas yang super murah!!!

Untuk rekod harga emas dunia telah jatuh sebanyak 26.3% tahun ini. Anda lihat sendiri carta dibawah - harga emas sentiasa menaik (hijau) setiap tahun, namun pada tahun ini situasi bertukar menjadi posisi menurun (merah). Anda risau tak? Ya anda harus risau jika tidak mempunyai strategi, ilmu & mentor yang betul.
Source : goldprice.org
Dalam keadaan harga emas yang sangat rendah sekarang anda harus memulakan tindakan pembelian & bukan membuat penjualan. Opss, harus diingat harga emas dunia kebiasaannya akan melonjak menjelang & pada bulan Ogos pada setiap tahun. 

Mmm... betul ke setiap tahun trend seakan-akan sama? Cuba anda perhatikan harga emas dibawah :)

Perhatikan pergerakan harga emas akan mula melonjak pada bulan Ogos setiap tahun.
Sekiranya anda memahami analisis pergerakan harga, pada setiap kejatuhan harga emas akan ada berlaku kenaikan. Dibawah, saya tunjukkan kepada anda jualan semula saya kepada Public Gold baru-baru ini. Jika tiada keuntungan daripada kenaikan harga belian terdahulu bagaimana saya boleh menjual semula kepada syarikat pengeluar/penjual? Mestilah ada untung =)

Sebahagian jualan semula saya kepada Public Gold.
Sebelum mengakhiri posting ini, saya ingin mengucapkan "Selamat Menunaikan Ibadah Puasa" kepada semua Umat Islam di seluruh dunia. Semoga semua pembaca blog ini semakin kaya & berjaya < saya DOAKAN.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi Dealer Public Gold bersempena promosi Ramadhan dengan hanya belian 25 Dinar = harga sekitar RM14,000 pada hari ini & anda jimat RM6,000 berbanding belian asal Normal Dealer.

Jumpa lagi.


Tuesday 2 July 2013

Istimewa Ramadhan 2013



Rebut peluang bersempena "Promosi Ramadhan". Dengan hanya pembelian 25 Dinar - harga sekitar RM14,000 anda layak bergelar Dealer Public Gold. Dengan membeli 25 Dinar Emas Public Gold ini anda telah jimat sekitar RM6,000 berbanding modal asal untuk layak sebagai Dealer iaitu sebanyak RM20,000.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai promosi ini hubungi Admin ditalian 012 830 9284. Selamat menunaikan Ibadah Puasa =)