Friday 11 May 2012

Beli Emas Public Gold dengan Easy Payment Purchase (EPP)

(Sumber : Admin PGS)
Hukum membeli emas secara ansuran 
Kitab Al Muwatta’ :
Yahya meriwayatkan daripada Malik daripada Abdullah ibn Dinar daripada Abdullah ibn Umar yang Umar ibn al-Khattab menyatakan, ” Jangan kamu menjual emas untuk emas kecuali sama untuk yang sama. Tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Jangan kamu menjual perak untuk perak kecuali sama untuk yang sama, dan tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Jangan kamu jual dari barang yang ada keatas barang yang tiada. Jika seseorang meminta anda menunggu untuk pembayaran sehingga dia  pergi ke rumahnya, jangan kamu meninggalkannya. Saya takut rama keatas kamu.” Rama ialah riba.
Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Abu’z-Zinad mendengar Said ibn al-Musayyab berkata, “Riba hanya terdapat di dalam emas atau perak atau apa ditimbang atau diukur daripada apa yang dimakan atau minum.”Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Yahya ibn Said mendengar Said ibn al-Musayyab berkata, “Menyembunyikan  emas dan perak daripada pengedaran  adalah  sebahagian daripada daripada kerja fasad/kemusnahan  diatas muka bumi.”
Apa yang dapat kita faham dari apa yang diperkatakan oleh Saidina Umar Al khatab r.a. dan Tabiin seperti Said ibn al Mussayab bahawa :Pertukaran EMAS dengan EMAS & PERAK dengan PERAK mestilah
  1. Mutamathilan – mesti sama berat timbangannya. Jika tidak berlaku riba tafadhul (melibatkan penambahan berat).
  2. Mesti ‘Taqabud fil hal au majlis’ ( diserah dan terima dalam satu masa). Jika tidak berlaku riba an nasiah.(melibatkan penangguhan).
  • Masalah yang kita hadapi sekarang ialah ulamak moden telah mengqiaskan hukum wang kertas bersamaan dengan hukum emas. Oleh sebab demikian mereka mengatakan hukum membeli emas dengan wang kertas secara ansuran adalah riba an nasiah kerana melibatkan penangguhan. Sila rujuk Ust. Zaharuddin dalam website beliau.
  • Bagi yang memahami asal usul wang kertas, tak mungkin wang kertas diqiaskan dengan emas kerana ia akan merosakkan seluruh hukum – hakam berkaitan riba seperti yang dijelaskan oleh ulamak – ulamak terdahulu.
  • Bahkan dengan mengqiaskan wang kertas sama dengan emas menyebabkan orang awam tidak perlu lagi pada dinar dan dirham kerana sudah ada pengganti pada emas iaitu wang kertas.
  • Wang kertas bukan emas, jadi hukumnya harus menukarkannya dengan emas secara ansuran.
Wallahu’ alam.
Kuliah Muamalat : Dinar dan dirham dalam muaalat Islam
21 November 2009 (Sabtu ) Lepas solat Maghrib
Masjid Sg. Ular, Kulim , Kedah
Sumber: Dinar2dirham.com
Ok, saya bagi contoh pengiraan pembayaran EPP dengan Public Gold…..
Jika pembeli membeli ingin membeli Bar emas 10gram…
            Harga sekarang         = RM1,885.00
            Admin fee 0.5%          = RM9.43
            Bayaran ansuran  pertama      = RM471.25 + RM9.43
            Bayaran bulanan kedua dan seterusnya = RM471.25
  • Jadi pada bulan pertama, iaitu bulan pembelian dibuat, pelanggan hanya perlu membayar amaun sebanyak
    • RM471.25 + RM9.43 (admin fee) = RM480.68
  • Bulan berikutnya, pelanggan hanya perlu membayar RM471.25 sahaja.
  • Setelah pembayaran selesai dibuat, barulah pihak Public Gold akan memberikan emas kepada anda..
  • Mudah kan??? Sekurang-kurangnya, dapat meringankan beban pelanggan yang berminat membeli emas…
Soalan famous:
  1. Katakan saya nak bayar separuh pada bulan pertama dan kemudian separuh lagi pada bulan kedua.. Boleh tak
    Jawapan: Boleh. Tiada masalah.
        
     2.  Bila saya akan dapat emas jika saya guna kaedah EPP ni?
     Jawapan: Setelah settle payment baru dapat emas yang anda beli ini.

     3.  Kalau saya nak beli silver bar boleh tak pakai EPP ni?
    Jawapan: Boleh. Tiada masalah.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.