Saturday 28 April 2012

10 Soalan Paling "POPULAR"?

1. Apakah pelaburan Emas Fizikal?
Pelaburan Emas Fizikal adalah anda melabur/membeli Emas Fizikal & anda simpan sendiri Emas itu. Berbeza dengan Akaun Simpanan Emas yang banyak ditawarkan oleh Bank2, anda hanya melabur/membeli Emas diatas kertas. Tapi hakikatnya anda tak pernah pun berpeluang untuk pegang sendiri Emas Fizikal tersebut.

2. Bagaimana prestasi keuntungan tahunan pelabur pada Emas Fizikal?
Harga Emas Dunia sentiasa berubah2 setiap saat. Purata Kenaikan harga Emas adalah 25% hingga 30% setahun. Namun pada tahun 2011 kenaikan pernah mencecah sehingga 40%. Pelaburan Emas adalah pelaburan jangkamasa sederhana & panjang. Bukannya hari ini beli esok dah nak jual balik.

3. Apa beza Keuntungan Pelaburan Emas dengan pelaburan2 lain?
Paling mudah nak bezakan, saya bandingkan dengan ASB. Contohnya anda simpan RM100,000 di ASB dan katakanlah pada tahun tersebut dividen sebanyak 8%, keuntungan yang anda dapat adalah RM8000. Jika anda memiliki Emas Fizikal bernilai RM100,000 & pada tahun tersebut kenaikan harga Emas adalah 25% keuntungan anda adalah RM25,000 Jadi sekarang anda nak pilih untung RM8000 atau RM25,000?

4. Bila masa yang paling sesuai untuk melabur/membeli Emas Fizikal?
Hari ini. Kenapa? Sebab potensi harga Emas dunia sentiasa dalam keadaan menaik untuk tempoh jangka masa panjang. Anda beli hari ini bukan anda nak jual esok. So beli hari ini bandingkan dengan harga tahun depan CONFIRM untung! Lagi lama anda tangguhkan pembelian lagi tinggi/mahal harga Emas.

5.Dimana saya nak dapatkan/beli Emas Fizikal?
Di Malaysia banyak Bank2 yang menawarkan Emas fizikal, contohnya Maybank & Kuwait Finance. Selain itu terdapat Syarikat2 Berdaftar/Kedai2 Emas yang menawarkan Emas fizikal, contohnya Public Gold, Tomei, Poh Kong & banyak lagi. Namun sebelum anda melabur/membeli Emas fizikal anda kena bijak memilih. Anda kena pastikan jaminan beli balik & pilih yang menawarkan SPREAD atau susut nilai paling rendah.

6. “Bos, saya ni baru lagi dalam Pelaburan Emas, apa itu SPREAD?”
SPREAD=Susut Nilai. Semakin rendah/kecil spread semakin cepat anda jana keuntungan. Bagi Pelaburan Emas Fizikal, Public Gold adalah diantara Syarikat di Malaysia yang menawarkan SPREAD paling rendah iaitu sekitar 4.5% hingga 8%. Anda tak percaya? Ok lepas ni anda pergi ke Shopping Complex yang ada Kedai Emas anda tanyalah kalau anda beli Jongkong Emas berapa dia jual(sell) & jika anda nak jual balik(buy) berapa peratus kedai tolak?

Klik untuk mengetahui >> Apa Itu Spread?

7. Macam mana saya nak pastikan Jongkong Emas yang anda jual tulen? Entah2 anda jual yang palsu.
Alaaaahai… Saya bagi contoh paling mudah. Saya jual Emas bukan baru mula hari ini. Dah terlalu banyak Customer yang beli Emas dari saya. Jika Emas yang saya jual tidak TULEN, lama dah saya gulung tikar atau tak pun saya dah check-in di Lokap Polis. Paling penting Jongkong Emas/Perak keluaran Public Gold disertakan dengan Sijil @ Certifficate ketulenan yang ditandatangani oleh Assayer bertauliah. Tak puas hati lagi anda buatla test menggunakan densitymeter/mesin penguji ketumpatan Emas dimana2 Bank yang menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu atau Kedai2 Emas.

8. Kalau saya jadi Dealer, ada ke Customer yang nak beli Emas Fizikal dari saya?  Jika takda Customer, RUGI la saya kan ?
Sebelum anda jadi Dealer atau nak beli dalam kuantiti yang banyak anda kena tanya diri anda sendiri dulu apa tujuan anda beli emas :
-          Adakah untuk tujuan simpanan masa depan/pelaburan sendiri ?
-          Menjalankan jual beli emas?
-          Sebab tengok ramai kawan2 jadi Dealer dah dapat untung lumayan
-          Atau semua sebab diatas

Saya selalu nasihatkan bakal2 & Dealer saya, jual beli emas tak semudah teori. Bukannya anda jadi Dealer pagi ni, petang nanti terus ada Customer yang nak LOCK 1kg Emas. Ini dah boleh dikatakan ILMU tahap GABAN la.. hahaha.. Semuanya berperingkat, kena tengok sejauh mana strategi & knowledge anda tentang pelaburan emas. Sebab itu saya lebih suka anda belajar dengan group anda. Walaupun kita tak buat MLM tapi kekuatan group memainkan peranan penting untuk menjadikan anda MAHIR dalam pelaburan Emas.

Semakin banyak anda belajar tentang Emas semakin MUDAH anda jana pendapatan. Jawapan kepada soalan diatas mudah, jika anda pilih untuk menjadi Dealer Public Gold anda tidak perlu risau samaada ada Customer atau tidak. Kenapa? Sekiranya anda telah berpuas hati dengan kenaikan harga Emas simpanan anda, Public Gold menjanjikan JAMINAN beli balik daripada anda. Siap bagi komisyen lagi dari nilai keseluruhan jualan balik!

Bagaimana cara nak pastikan Customer akan mencari anda?  Ini kena belajar secara personal dengan saya. Perniagaan Emas ni luas bukan hanya berharap pada Customer sahaja. Takde Customer pun still boleh dapat untung.

Ilmu EMAS =Keuntungan LUMAYAN
9. Katakanlah saya beli Jongkong Emas 100g, simpan di rumah tak bahaya ke ?
Simpan di rumah memang tak berapa selamat. Namun begitu anda mempunyai alternatif pilihan contohnya simpan di Bank.  Banyak Bank2 yang menawarkan “Safe Deposit Box” seperi Public Bank, UOB, CIMB & banyak lagi. Kadar bayaran adalah sangat berpatutan bermula daripada RM100 setahun. Katakanlah anda memiliki Jongkong Emas 100g & harga semasa anda beli adalah RM16000. Kita ambil contoh purata kenaikan harga emas sebanyak 25% setahun. Anda dah dapat keuntungan RM4000 setahun. Keuntungan anda untuk 1 tahun saja dah boleh cover bayaran “SDB” anda untuk tempoh 10 tahun. Siap ada baki lagi untuk dibelanjakan. Lihat : RM4000 tolak (RM100 X 10Tahun=RM1000)=Baki RM3000 lagi untuk digunakan. So takde isu disini kat mana nak simpan Emas Fizikal tersebut.  *Tertakluk kepada perubahan bayaran “SDB” yang ditawarkan Bank.

10. Saya nak tahu lebih lanjut & lebih mendalam lagi pasal pelaburan Emas. Boleh bantu saya tak?
Boleh. Cara paling mudah hubungi saya ditalian 0168615184 atau boleh hubungi mana2 Dealer KeRaJaaN EMaS (Klik Senarai Dealer bahagian atas web ini).

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.