Berapa komisen jadi Dealer Public Gold atau juga disebut sebagai Public Gold Business Owner (PGBO)?
Jawapannya, tak besar. Komisen yang PGBO dapat hanyalah 1% hingga 2 % sahaja.
Bayangkan, jika anda berjaya menjual sebanyak RM100,000 komisen yang anda dapat hanyalah sebanyak RM2,000 sahaja. Macam sikit sangat!
Tapi benarkah seorang PGBO boleh menjana pendapatan 5 hingga 6 angka sebulan?
Jawapannya adalah benar.
Cuma sepanjang pengalaman saya 14 tahun bersama Public Gold, kebanyakan PGBO sangat "humble" dan jarang cerita tentang komisen bulanan yang mereka dapat.
Nikmat sebenar bagi saya dalam bisnes ini bila dapat lihat customer yang sebelum ini ada masalah duit bocor sudah berjaya memiliki simpanan emas sehingga 1 kilogram. Nak simpan duit sehingga setengah juta bukan mudah, NAMUN simpan emas sehingga 1 kilogram adalah biasa bagi penyimpan emas yang berilmu.
Ok baik, saya kongsikan tentang komisen sebagai PGBO.
![]() |
| Gambar tahun 2017 - Seminar Emas |
1. Komisen Nampak Kecil, Tapi Strukturnya Genius!
Mari kita lihat peratusan insentif yang dibayar oleh Public
Gold berdasarkan nilai belian RM100:
Founder Master Dealer: Tambahan RM0.10 daripada jualan kumpulan (group sales), selain 2% tadi. Saya sendiri sebagai Founder Master Dealer hanya dapat tambahan 0.1% dari group sales, selain 2% tadi.
Nampak kecil, kan?
Tetapi struktur ini sangat genius, sampai syarikat emas lain pun ramai tiru. Dulu saya pun skeptikal, tapi sekarang saya sendiri boleh cakap, bisnes ini sangat amazing!
Kunci Rahsia: Kuasa Kumpulan dan Jualan Berulang
Pendapatan Dealer Public Gold yang tinggi tidak bergantung kepada komisen besar, tetapi kepada akumulasi jualan peribadi dan jualan kumpulan yang berlaku secara berterusan.
Apabila anda menggabungkan insentif 1% hingga 2% daripada puluhan pelanggan yang membeli emas bernilai tinggi (seperti 100 gram Gold Bar), pendapatan pasif anda akan melonjak dengan cepat.
Konsep bisnes yang dibawa oleh Dato’ Seri Louis Ng (Pengasas Public Gold) sangat serasi dengan potensi pertumbuhan yang stabil:
“Makan sikit-sikit, makan sama-sama, makan lama-lama.”
2. Sistem Komisen Atau Insentif Yang Adil
Apa yang paling saya suka dan penting untuk anda tahu ialah insentif Dealer ini BUKAN datang dari pelanggan, tetapi dibayar sepenuhnya oleh Public Gold sendiri.
Tiada Markup Harga: Harga beli emas terus dari Public Gold adalah SAMA dengan harga beli melalui Dealer. Tiada markup harga yang dikenakan kepada pembeli, menjadikannya adil untuk semua pihak.
Kepercayaan Jenama: Public Gold adalah jenama yang dipercayai. Ini bermaksud, emas anda senang dijual dan senang dipromosikan. Ini adalah faktor utama yang memudahkan Dealer menjana pendapatan yang konsisten.
Kadang-kadang, pelanggan sendiri cakap: “Harga emas Public Gold lebih rendah dari kedai emas dan bila nak jual balik pun lebih tinggi (spread yang rendah).”
3. Strategi Jana Pendapatan Tambahan RM5,000 Sebulan
Jika anda betul-betul nak capai pendapatan tambahan RM5,000 sebulan dalam masa 18 bulan, kuncinya adalah: Tiru apa yang orang berjaya sudah buat.
Bagaimana?
Pelajari Ilmu Asas: Wajib faham, kenapa perlu menyimpan emas?
Sertai Program Latihan: Pendapatan Dealer Public Gold yang tinggi datang dari Dealer yang berilmu. Team PG1M menyediakan latihan lengkap tentang produk, pemasaran dan pembinaan jaringan.
Dapatkan Mentor: Hadir training dan tiru sahaja cara mentor anda bekerja.
Dari pelajar universiti sehinggalah ke golongan profesional, ramai yang dah berjaya membina pendapatan yang kukuh melalui platform Public Gold.
Saya Nak Mula, Apa Langkah Seterusnya?
Sebelum menjadi Dealer atau PGBO, anda perlulah memiliki Akaun Emas GAP terlebih dahulu. Bila dah faham cara menggunakan Akaun GAP, barulah anda dapat belajar cara buat bisnes emas.
"Jumpa lagi and see you at the top!"
WhatsApp saya ditalian 016-861 5184 atau KLIK DISINI
![]() |
| Gambar tahun 2025 - Cape Town, South Africa |


No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.