Saturday 15 October 2022

SALAM DARI DUBAI

 

Salam sayang. Semalam admin terima WhatsApp bertanyakan, blog kerajaanemas.com masih wujud?

Ye, masih wujud bossku. Cuma admin sangat busy dan kali terakhir blog ini diupdate pun pada Mac 2021. Maaf kalau kalian masih kerap berkunjung ke sini tapi tiada update terkini.

Boleh terus ke facebook Public Gold Sabah untuk info semasa tentang bisnes emas, KLIK DISINI.

Lama dah tak travel ke luar negara (sejak Covid-19), umur pun tak tahu Allah pinjamkan sampai bila. Alhamdulillah... Masih berpeluang untuk menggandakan amal ibadat.

Di belakang admin, bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa (828 meter). Dalam bangunan ini terdapat lif paling laju di dunia iaitu 18 meter sesaat (64 km/jam). Bahagian luar bangunan Burj Khalifa disadur dengan aluminium dan keluli tahan karat serta direka dengan suhu tahan panas melampau Dubai.

Begitulah hebatnya bangunan tertinggi dunia ini. Tanpa binaan yang kukuh, sudah pasti ia tidak mampu bertahan. Sama macam dalam bisnes, kita wajib persiapkan diri kita dengan ilmu supaya boleh bertahan lama. 

P/s: Kalau ada yang nak belajar bisnes emas, boleh terus WhatsApp admin ditalian 016-861 5184 atau KLIK DISINI.

Ok, InsyaAllah nanti admin sambung cerita di Dubai dan Abu Dhabi. Jumpa nanti.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.