MENGENAI ADMIN

WHO AM I?

I m not spiderman
Saya seorang anak muda (muda lagi ke 28 tahun? Hehee..) yang bercita-cita tinggi untuk mencapai kejayaan yang HEBAT dalam hidup. Nama penuh saya Muhamad Adzlan Bin Yusuf. Berasal dari Saratok, Sarawak & telah berumah tangga.

"Dengan rasa rendah diri saya hanyalah Insan biasa yang sedang belajar & perlu lebih banyak belajar untuk menjadi orang yang lebih berjaya"

Memulakan langkah pertama dalam “Dunia Emas Fizkal” hanya untuk memaksimumkan keuntungan melalui simpanan & pelaburan yang sah & selamat dengan risiko minimum. Tidak terlintas difikiran saya nak jadi “Tauke Emas”. 

Namun segala-galanya berubah apabila saya mula mendalami Ilmu Emas Fizikal yang sangat hebat ini. Ilmu yang  telah memberikan pulangan lumayan, Syukur Alhamdulillah. Apa yang ingin saya kongsikan diblog ini adalah bagaimana cara yang betul bagi memaksimumkan keuntungan dalam Simpanan, Pelaburan & Perniagaan Emas Fizikal. Secara jujur ingin saya tegaskan kepada anda TIADA jalan pintas untuk mencapai kejayaan, namun ianya mampu dicapai dengan usaha, strategi, doa & ilmu yang betul.

Pelaburan Ilmu + Perniagaan Emas = Lumayan :)
Mengimbas kembali kenangan setahun yang lepas ketika saya masih bergelar Normal Dealer, saya terpaksa mengeluarkan sedikit kos untuk terbang ke Kuala Lumpur sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi mengambil stok emas fizikal di Public Gold Cawangan Sunway.

Sebulan sebagai Normal Dealer saya di “promoted” ke Priority Dealer setelah mencatatkan jualan sekitar RM103,000.00 & melahirkan 10 orang Normal Dealer. Tanpa Cawangan Public Gold di Sabah ketika itu pun "boleh jual lebih 100K, ini sudah bagus!" Terbukti Emas Fizikal mempunyai keistimewaannya tersendiri. Disinilah bermulanya KeRaJaaN EMaS Group yang semakin berkembang hingga hari ini.

Syukur selepas promoted ke Priority Dealer, Public Gold Cawangan Kuching mula beroperasi hasil proposal rakan baik saya Mr. Hafizul Hakim. Saya lebih kerap ke Public Gold Cawangan Kuching bermula Mei 2011- disamping mengambil stok emas fizikal saya boleh melawat keluarga di Sarawak =)

Bersama  DR.  Azahari Othman @ DR. Luv  (Bekas Penceramah  Motivasi AF) yang juga Master Dealer Public Gold
Melihat potensi Perniagaan Emas Fizikal di Sabah yang semakin popular & menjadi pilihan pelabur, saya menawarkan diri untuk membantu Public Gold mencari lokasi bagi pembukaan Cawangan Public Gold Kota Kinabalu yang juga pertama di Sabah & kedua di Borneo selepas Bandaraya Kuching.

Saya telah menghubungi Mr. Syukor Hashim (General Manager Public Dinar) pada Disember 2011 bagi merealisasikan impian saya & Warga Sabah khasnya. Alhamdulillah, proposal tersebut dipersetujui & lokasi yang saya cadangkan diluluskan. Terima Kasih Dato' Louis Ng & Public Gold! Hari ini urusan jual beli & pengambilan stok Emas Fizikal semakin mudah di negeri Sabah.

Disember 2011 - Melawat tapak cadangan (Public Gold Kota Kinabalu) bersama General Manager Public Dinar Mr. Syukor Hashim
Public Gold (Kota Kinabalu) Lot No. 19, Block B-10, Corner Lot, 1st & 2nd Floor, Lorong Plaza Permai 1, Jalan Sulaman – berhadapan 1 Borneo Hypermall 
Kurang dari setahun menjadi Dealer Public Gold saya telah berjaya  menjual & membeli (buy back) Jongkong & Syiling Emas Fizikal Public Gold melebihi RM1 Juta. Melalui KeRaJaaN EMaS Group saya telah melahirkan 20 Priority Dealer & lebih 50 orang Dealer sekaligus melayakkan saya menjadi Master Dealer termuda di Sabah, ehem-ehem....
TT with Mahaguru Emas Mr. Syukor Hashim, penulis Buku "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas"
Disebalik kejayaan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mahuguru Emas En. Syukor Hashim, Hafizul Hakim, Daud Awang & Tn. Hj. Sarhan. Mereka inilah watak penting yang menjadikan saya celik Emas & BERILMU. Sudah tentu tidak lupa kepada Isteri & anak tersayang, keluarga di Sarawak & KeRaJaaN EMaS Group yang telah banyak membantu saya.

Jumpa saya di seminar !!!
Kepada yang berminat untuk memulakan simpanan     ASET dalam bentuk Emas Fizikal & ingin belajar menjadi Peniaga Emas anda boleh menghubungi saya terus ditalian 012-8309284 atau hadir ke Seminar PERCUMA di seluruh Negara bersama Kerajaan Emas Group.

Jadual Seminar terkini & lokasi akan dimaklumkan diblog ini dari semasa kesemasa, so sahabat-sahabat kena selalu jenguk blog Kerajaan Emas untuk mendapatkan update terkini.

Dengan Ilmu Emas Fizikal yang betul, saya akan membimbing anda sehingga berjaya dalam Perniagaan & Simpanan Emas Fizikal, Insha Allah. Jumpa lagi !!

With Founder Of Public Gold - Dato' Louis Ng

“Untuk Menjadi Kaya Anda Perlu Simpan Emas & Untuk Menjadi Lebih Kaya Anda WAJIB Berniaga Emas”

Muhamad Adzlan Yusuf,
Master Dealer Public Gold (PG008610)
012-8309284 | 016-8615184

Dapatkan ebook PERCUMA, KLIK DISINI


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.