Saturday, 7 July 2012

Masa Terbaik Untuk Beli Emas Fizikal

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua. First sekali terima kasih kepada warga Sabah & rakan2 yang telah hadir pada Seminar Pelaburan Emas Fizikal baru2 ini. Tahniah buat Dealer2 baru, anda telah memilih keputusan yang tepat untuk mengubah kehidupan anda untuk menjadi lebih hebat!

Setelah bercuti panjang pada penghujung tahun lepas & awal tahun ini saya kini kembali sibuk dengan tugas hakiki. Maaf sebab lama dah tak buat artikel baru untuk rujukan rakan2. Namun begitu rakan2 yang aktif mengubungi saya sentiasa mendapat updated. Strategi yang terbaik sedang dirancang untuk mengembangkan KeRaJaaN EMaS diseluruh Malaysia, Brunei & Singapura InsyaAllah.

Ok hari ni saya tak cukup masa untuk bercerita banyak, saya akan teruskan dengan tujuan utama saya buat artikel di hujung minggu yang sangat sibuk ini untuk menjawab soalan yang berulang2 kali dari rakan2 & Dealer2 baru.

Sebelum anda membeli emas fizikal saya sering tekankan :
*PENTING : Pelaburan/Simpanan emas adalah pelaburan jangka masa sederhana & panjang. Jika anda merancang untuk  beli hari ini & jual esok, saya JAMIN anda RUGI.

Soalan 1 : Sesuai tak beli emas hari ini?

Ketika artikel ini ditulis harga emas berada pada paras 1590-1599/oz. Harga hari ini sangat murah dibandingkan harga tahun lepas (awal sep 2011) ketika harga puncak 1900/oz. Percayalah bila2 masa harga 1700-1800/oz akan dilalui. Jangan tunggu lagi, beli sekarang!

Graf dibawah menunjukkan kenaikan harga emas untuk tempoh melebihi 10 tahun. Terang & jelas harga emas meningkat & meningkat setiap tahun. Jawapannya anda beli hari ini, untuk tempoh jangka masa panjang anda akan dapat untung. Confirm!!!

Kita tengok pula graf dari 2007 hingga 2012. Jawapannya tetap sama. Harga emas tetap naik! Untuk jangka masa sederhana pun anda tetap akan untung!!
gold Technical chart [Kitco Inc.]
Purata tahunan kenaikan harga emas adalah sekitar 20% hingga 30%.

Soalan 2 : Bagaimana dengan harga emas tahun lepas (2011)?

Ingin saya tegaskan disini mana2 pembeli & pelabur yang beli pada awal Januari 2011 atau sebelum itu & menjual semula emas tersebut pada penghujung Ogos & awal September 2011 mereka telah mendapat profit keuntungan sekitar 40% (macam jadi pelaburan masa yang singkat pulak). Inilah situasi Dealer, Pelabur & Pembeli emas pada masa tersebut :

1. Pelabur yang nak dapatkan keuntungan terus menjual banyak ketika harga puncak. Jadi mereka dapat keuntungan yang banyak.
2. Sesetengah pelabur jual sedikit sebab yakin akan naik lebih banyak lagi dalam masa terdekat (skill selamat), jadi jual sedikit dapatlah sedikit keuntungan.
3. Sesetengan pelabur langsung tak jual sebab merasakan akan naik lebih tinggi dari harga masa tersebut. So kasi peram la dulu emas tersebut hingga hari ini (skill peram).


Soalan 3 : Kita lihat dari sudut yang berbeza ; Apa pula terjadi kepada Pelabur2 yang baru nak mula membeli Emas Fizikal? (membeli ketika harga puncak awal september 2011).

Disebabkan semua media massa, tv, surat khabar, radio & kawan2 bercerita tentang kenaikan harga emas yang melampau2  pada ketika itu jadi mereka ini telah pun membuat keputusan untuk  melabur dalam emas juga (melabur sebab nak dapatkan keuntungan yang singkat). Maklumlah ketika itu peningkatan harga adalah yang tertinggi dalam sejarah emas dunia! Saya sendiri pun teruja pada waktu tersebut. Target adalah beli, kemudian harga emas terus naik lagi & terus dapat keuntungan.

Sebenarnya mereka ini tidak membuat keputusan yang salah, inilah kelebihan menyimpan emas. Namun jika pelabur2 & pembeli2 baru ini tidak memiliki ilmu tentang emas yang mencukupi mereka akan beranggapan bahawa pelaburan emas adalah merugikan. Sebelum itu cuba anda lihat balik jawapan kepada soalan 1 diatas. Terang2 sudah  dinyatakan “untuk tempoh jangka masa panjang anda akan dapat untung. Confirm!!!”


Soalan 4 : Jadi Pelabur/Pembeli yang beli emas pada bulan September 2011 rugilah sekarang?

Ya. Rugi jika mereka dah jual balik. Tetapi tidak rugi jika mereka masih simpan emas2 tersebut di safe deposit. Simpan pun tak sampai setahun lagi, sabar lah dulu. Itulah awal tahun 2011 saya suruh beli tak nak. Mahu juga tunggu bulan 9, Hehehe...


Soalan 5 : Bos, boleh tak jadikan pelaburan emas fizikal dalam masa yang singkat boleh mendapatkan keuntungan & dijadikan pasif income?

Aiseh.. mentang2 soalan bonus terus ada “Bos” kat depan. Jawapannya BOLEH. Cuma syaratnya anda kena jadi Dealer atau Tauke Emas dulu. Jika anda hanya sebagai pembeli atau pelabur anda cuma mengharapkan keuntungan pada kenaikan harga emas. Last2 harga emas tak naik2 jadi labu peram la emas anda. (gurau2 yer...)


Soalan 6 : Macam mana nak jadi Dealer?

Ni soalan paling senang. Call/SMS saya 016-8615184 atau klik bahagian SENARAI DEALER  diatas. Lepas anda jadi Dealer saya akan bimbing anda sampai boleh buat duit dengan Pelaburan/Perniagaan Emas Fizikal.


Kesimpulan :
  1. Pelaburan emas adalah pelaburan jangka masa panjang & sederhana.
  2. Dengan ilmu emas yang kukuh anda mampu menjadikan pelaburan emas sebagai pelaburan sederhana & singkat.
  3. Jika anda serius untuk menjana pendapatan melalui pelaburan emas pilih syarikat berdaftar yang betul, jauhi skim cepat kaya.

Sebagai bayangan bagaimana menjana keuntungan dalam jangka masa sederhana & singkat, saya tinggalkan anda dengan harga emas dibawah. Jumpa lagi !!
 :) 
Perbandingan harga emas ketika harga puncak Sep 2011 sehingga 6 Jul 2012















No comments:

Post a comment

Note: only a member of this blog may post a comment.